"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kenapa Barrack Obama mahu Husni Mubarak meletakkan jawatan?

Untuk renungan..Jika Mesir jatuh ke tangan Ikhwanul Muslimi, sempadan Rafah mungkin akan dibuka untuk pejuang Islam seluruh dunia..tak mustahil kurang setahun, negara Israel akan menjadi sej...arah..perindu2 Syurga Firdausi, anda sudah bersedia merebut tiket...?Ayuh sahabat2!!

Doakan Ikhwanul Muslimin berjaye menjatuhkan Hosni Mubarak!!:-) sebarkan seramai mungkin.

Semalam selepas Husni Mubarak membuat kenyataan media secara langsung kepada rakyatnya yang sedang membuat demontrasi, Barrack Obama telah menelefon Husni Mubarak dan bercakap selama setengah jam.

Selepas perbualan telefon tersebut, Barrack Obama telah memberikan kenyataan bahawa sudah sampai masanya Husni Mubarak mendengar suara rakyat Mesir supaya mengundurkan diri dan membuat peralihan kuasa dengan aman.

Jika dilihat daripada usaha campur tangan Barrack Obama dalam hal ini sebenarnya mempunyai agenda lain; berusaha untuk mencari pengganti Husni Mubarak yang masih lagi mahu membuat rundingan damai dengan Israel.

Maksudnya walaupun Husni Mubarak telah digulingkan biarlah Perdana Menteri Mesir yang akan dilantik masih lagi hendak menjadi orang suruhan atau suruh angguk, angguk dan suruh geleng, geleng ; kepada Amerika Syarikat dan Israel.

Amerika Syarikat dan Israel berada dalam keadaan gelisah sekarang ini kerana jika pengganti Perdana Menteri Mesir yang baru lahir daripada pihak Ikhwanul Muslimin pasti kuasa mereka akan tergugat oleh kebangkitan para mujahid Islam. Kedudukan negara Mesir yang menjadi pintu masuk ke negara Israel berupaya menggugat kedudukan Rejim Zionis daripada terus menduduki Palestin.

Kedudukan Mesir yang berjiran dengan Arab Saudi, Sudan, Libya dan Jordan yang merupakan negara Islam; mampu membangkitkan semangat jihad untuk menentang Rejim Zionis daripada terus menzalimi rakyat Palestin.

Dikhuatiri Mesir akan menjadi pemangkin kepada kesatuan negara Islam di bahagian Arab, Amerika Syarikat cuba untuk mempengaruhi rakyat Mesir dengan membuat kenyataan "Amerika Syarikat bersedia bersama dengan rakyat Mesir selepas berlaku peralihan kuasa daripada kerajaan Husni Mubarak".

Sudah semestinya juga jika Ikhwanul Muslimin diangkat menjadi Perdana Menteri Mesir yang baru mereka tidak akan menjalinkan hubungan baik, hubungan diplomatik atau sebarang bentuk rundingan dengan Israel dan Amerika Syarikat.

Mari kita berdoa bersama-sama supaya kerajaan Husni Mubarak berjaya digulingkan dan seterusnya Perdana Menteri Mesir yang baru diangkat daripada golongan Ikhwanul Muslimin supaya selepas ini kebajikan rakyat Mesir terjaga.

Hal yang paling penting ialah supaya agama Islam iaitu agama yang benar kembali bersinar di bumi Mesir; menjadi pemangkin kepada kebangkitan mujahid-mujahid Islam untuk menjatuhkan empayar Amerika Syarikat dan Israel yang selama ini telah banyak menekan dan menzalimi umat-umat Islam di seluruh dunia.

Jika Husni Mubarak mengatakan kesediaan beliau untuk bersara daripada arena politik negara pada bulan September ini jangan kita termakan dengan kata-katanya yang telah terbukti selama ini menzalimi rakyatnya sendiri.

Setiap tahun Mesir telah mendapat bantuan kewangan daripada Amerika Syarikat sebanyak US$1.3 billion untuk ketenteraan dan US$ 200 juta untuk ekonomi negara tetapi kemana semuanya pergi.

Rakyatnya terus kebuluran, tidak mempunyai kerja dan ramai yang menjadi pengemis jalanan. Husni Mubarak juga tidak pernah menarik perintah darurat selepas beliau menjadi Perdana Menteri Mesir; dilihat siapa sahaja yang bangun untuk melawan beliau akan ditangkap dan dipenjara.

Semoga kita terus mendoakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Mesir yang teraniaya oleh kerajaan yang tidak bertanggungjawab. Semoga kita juga terasa akan tanggungjawab kebersamaan sesama umat Islam dikala saudara kita di Mesir syahid mempertahankan agama dan tanah air mereka. Semoga Allah terus-menerus melemparkan semangat jihad di dalam hati setiap rakyat Mesir. Bangkit wahai Mujahid Muda!!! Mujahid Islam!!! Allah bersama pihak yang benar!!!./ cetusan: penawarrindu

-selatanonline-

Tiada ulasan: