"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis Tunisia tembak ke arah orang ramai, dua mati

TUNIS: Polis melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan yang menyerang balai polis di barat laut bandar Kef semalam menyebabkan dua mati dan 17 lagi cedera, kata Kementerian Dalam Negeri.

Agensi berita rasmi Tunisia, berkata orang ramai menyerang balai polis itu selepas ketua polis "mendera" seorang penduduk di situ.

Seorang wartawan tempatan berkata, ketua polis menampar seorang wanita ketika tunjuk perasaan dan kemudiannya mencetuskan ketegangan di antara polis dan orang ramai.

Wartawan itu berkata, dua orang mati ketika dalam perjalanan ke hospital tetapi maklumat yang tepat tidak dapat disahkan. 
-AP-

Tiada ulasan: