"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ceramah DNA: Siasatan ke atas PKR ditunda Rabu

Siasatan ke atas timbalan presiden PKR, Azmin Ali; ADUN Hulu Klang, Saari Sungib dan ADUN Batu Caves, Amirudin Shari kerana mengadakan ceramah tanpa permit pada Jumaat lalu telah ditunda ke Rabu ini.
NONEPeguam Azmin, N Surendren ketika dihubungi Malaysiakini berkata siasatan yang dijadualkan di ibu pejabat polis Ampang terpkasa ditunda kerana Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa diperlukan hadir pada sidang DUN Selangor yang bermula hari ini.

Sidang DUN itu dirasmikan oleh Sultan Selangor di Shah Alam, pagi ini.

"Kami telah maklumkan kepada polis mengapa Azmin tidak boleh hadir untuk soal siasat ghari ini dan mereka telah menjadualkannya Rabu ini,” kata Surendran yang juga naib presiden PKR.

Menurutnya, Azmin juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap polis yang didakwa menyalah-gunakan kuasa mereka.
NONE"Adalah salah bagi polis untuk menakut-nakutkan anak guam saya malam semalam. Kenapa melakukan ini pada tengah malam?” soal Surendren sambil mendakwa tindakan itu satu bentuk ganguan yang agresif.

Azmin tidak berada dirumahnya semalam apabila beberapa anggota polis berkunjung pada lewat malam semalam.

Menurut Surendran, Azmin, Saari dan Amirudin menghadiri ceramah pada Jumaat lalu. Azmin hadir sebagai ketua PKR Gombak, Amirudin pula adalah timbalannya di cawangan itu manakala ceramah tersebut diadakan di kawasan Saari.


Tiada hak
NONEMerujuk kepada kejadian itu, Surendren berkata polis tidak berhak menyerbu dan menghalang ceramah itu dan soal mendapatkan permit tidak timbul.

“Anak guam saya (Azmin) adalah MP Gombak dan beliau mempunyai hak berada di situ. Polis tidak mempunyai sebarang alasan untuk hadir dan menghentikan cermaha itu.
“Semuanya menjurus bahawa ia arahan (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Abdul Razak)... ia btindakan politik kerana beliau tahu ceramah itu mengenai dirinya dan mendiang Altantuya Shaaribu,” kata Surendren.
NONEPada kejadian itu, tiga anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) juga ditahan polis.
Kekecohan berlaku semasa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berceramah pada majlis pelancaran kempen DNA (Datuk Najib Altantuya) yang dihadiri kira-kira 1,500 orang.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: