KUALA LUMPUR: Regim zalim seperti Umno Barisan Nasional (BN) sentiasa mengetatkan cengkaman terhadap pejuang kebebasan sepertimana yang dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perbicaraan Fitnah II, demi mengekalkan kuasa mereka.
“Sebab Anwar duduk dalam kandang tertuduh, sememangnya difahami oleh mereka yang benar-benar waras,” kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran pada kenyataan media, hari ini.
Beliau berkata, Anwar selaku Ketua Umum KEADILAN yang berperanan sebagai ejen perubahan rakyat, dilihat menjadi batu penghalang untuk BN meneruskan kelangsungan politik buruk mereka.
“Reformasi dibawa Anwar akan menghapus ketidakcekapan pengurusan ekonomi dan pembaziran akibat asuah dan kronisme; membebas kawalan institusi politik dan mengembalikan kebebasan politik kepada rakyat,” katanya.
Regim Umno BN memfitnah dan mendakwa Ketua Pembangkang itu dengan mengaitkannya dengan tuduhan liwat untuk kali kedua, sekaligus memutar kembali ‘wayang 1998′ untuk menghalang perubahan yang dibawa Anwar.
Berikutan itu, Surendran berkata, BN mencontohi regim zalim dengan mencipta fitnah terhadap pejuang rakyat, sekaligus mengulangi kezaliman regim Stalin, Burma, dan Nigeria.
“Bukan sesuatu yang tidak asing lagi buat rejim zalim untuk merencana pendakwaan fitnah terhadap musuh-musuh politik mereka
“Pada 1930-an, Stalin merancang siri perbicaraan bagi menyingkirkan semua pihak yang mengancam kekuasaannya. Pada 1995, Ken Saro Wiwa, tokoh pengkritik kerajaan Nigeria didakwa dengan pertuduhan rekaan dan dijatuhi hukuman mati.
“Pada 2009, ikon demokrasi Burma, Aung San Suu Kyi dijatuhi hukuman tiga tahun penjara dengan kerja berat selepas didakwa dalam perbicaraan palsu atas pertuduhan tidak masuk akal,” katanya.
Dengan mencontohi mereka, beliau yang mahu Pejabat Peguam Negara berubah secara komprehensif dan bidang kuasanya dikaji, berkata rakyat cuba diperbodoh dengan perbicaraan yang disamarkan dengan rendah-rendahkan undang-undang.
Surendran mengingatkan rakyat, tiada negara yang memperjuang kebebasan boleh ditekan sebegitu lama seperti di Malaysia dan percaya perubahan di negara ini, mungkin melalui jalan berliku.
“Tiada negara yang bergelut atas nama kebebasan boleh ditekan sebegitu lama, kita berhutang dengan diri sendiri dan generasi akan datang,” katanya.
-keadilandaily-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan