"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Liwat II: Tahan Anwar secara tak sah bukti usaha jahat curi sampel DNA


KUALA LUMPUR: Penahanan tidak sah Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan wujud usaha jahat untuk mencuri sampel DNA Ketua Pembangkang itu, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.
Beliau percaya usaha itu sudah dirancang lebih awal lagi bagi memfitnah Anwar dan mencipta bukti bagi mengukuhkan kes Fitnah II supaya Ketua Umum KEADILAN itu, disabit kesalahan.
“Nampaknya ia rancangan yang tersusun lebih awal untuk mencuri DNA daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya kepada KeadilanDaily, hari ini.
Tian berkata, kenyataan pendakwa raya bahawa seseorang yang ditahan tidak ada hak kebersendirian mengukuhkan teori konspirasi terhadap Anwar.
“Kalau ikut logik DPP, seseorang yang ditahan tidak lagi mempunyai hak privasi. Ini sangat berbahaya.
“Ini juga menunjukkan mereka mengaku melanggar undang-undang dan tidak menghormati hak asasi manusia yang ditahan,” kata Tian.
Anwar kini berhadapan kes Fitnah II yang cuba mengaitkannya dengan tuduhan liwat – ulangan wayang 1998.
Perbicaraan itu kini memasuki peringkat bicara dalam perbicaraan bagi menolak barang-barang yang diperolehi daripada Anwar pada malam beliau ditahan secara tidak sah pada 16 Julai 2008.
Esok, Hakim Mohamad Zaibidin dijangka memberi keputusan sama ada mahkamah menerima atau menolak berus gigi, tuala ‘Good Morning’, serta botol air mineral ‘Cactus’, sebagai bahan bukti atau sebaliknya.

Tiada ulasan: