"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Akhirnya Anwar Ibrahim Terhumban Ke Dalam Penjara?

tun_telanai
Seperti yang saya ramalkan semalam (malah seluruh rakyat Malaysia berpandangan sedemikian) bahawa Anwar Ibrahim akan diperintah membela diri dan adalah mustahil yang beliau akan dibebaskan disebabkan tiga factor yang telah saya bincangkan itu. Yang tahu hanyalah Allah swt apa akan terjadi selepas ini.

Pembelaan diri yang diarahkan oleh hakim hanyalah bagi memenuhi prosiding atau formaliti perundangan semata-mata. Hukuman sudah ada di tangan hakim Zabidin Mohamad Diah. Beliau hanya menanti hari untuk dibacakan pada umum. Oleh sebab itulah pendakwaraya begitu senang hati dan penuh kegembiraan menawarkan saksi-saksi untuk dipilih pembela kerana kes ini mereka sudah menang. Ia satu lakonan bagi menunjukkan yang mereka itu adil dan saksama.

Zabidin sekarang hanya perlu memikirkan berapa tahun hendak dipenjarakan Anwar di Penjara Sungai Buluh atau di Penjara Kajang. Itu tugas yang diamanahkan kepadanya sekarang. Mahkamah bukan tempat Anwar berjuang untuk mencari keadilan dan juga bagi pihak-pihak yang menentang regim Najib dan UMNO. Semuanya pasti akan kecundang. Carilah kaedah lain yang sesuai dan praktikal bagi menjatuhkan Najib dan UMNOnya.

Tuduhan itu dikemukakan di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat (sebatan tidak berlaku kerana umur Anwar melebih 50 tahun, Anwar sudah berusia 63 tahun, kecuali pada persidangan parlimen akan datang Nazri Aziz membawa usul untuk meminda peraturan hukuman sebatan tidak mengenal usia). Hukuman penjara maksima 100 tahun akan dikenakan ke atas Anwar.

Jangan ketawa atau memperkecilkan hujah saya ini kerana regim Najib itu boleh berbuat apa sahaja yang dia mahu di dunia ini kerana dia berkuasa mutlak seperti sejarah Firaun yang menguasai segala-galanya. Perkara ini boleh diuruskan oleh pasukan polis, Peguam Negara dan Ketua hakim Negara yang pakar mengenai undang-undang yang boleh dijadikan dalil untuk memanjangkan tempoh pemenjaraan Anwar.

Juga, jangan lupa Peguam Negara sekarang sibuk untuk mensabitkan Anwar dalam kes video seks pula, sebaik mana pun hujah pembelaan dalam kes liwat II atau dalam kes video seks (malah kalau malaikat diturunkan dari langit pun sebagai pembela) akan ditolah hujah-hujah tersebut oleh hakim-hakim yang telah disetkan oleh regim Najib.

Jadi, pada pendapat saya Zabidin akan menjatuhkan hukuman penjara maksima 20 tahun dan hakim seorang lagi ‘coming soon’ akan menjatuhkan hukuman penjara maksima juga 20 tahun (sebaliknya kes video lucah Chua Soi Lek dipendamkan begitu sahaja kerana ia menjejaskan kepentingan UMNO sebagai tunggak kerajaan). Campur kedua-dua hukuman ini sudah menjadi 40 tahun dan campur dengan usia Anwar 63 tahun menjadikannya 103 tahun, tetapi mahkamah akan kenakan hanya 100 tahun sahaja berdasarkan hayat hidup manusia. Kecualilah Najib DIMATIKAN oleh Allah swt dalam waktu yang singkat ini, maka ada harapan Anwar dibebaskan sebagaimana yang berlaku pada kes terdahulu.

Apa yang tulis oleh Wira Arjuna dalam Malaysiakini.com adalah tepat bahawa tali semakin mencengkam menjerut leher Anwar. Jelas kata Wira Arjuna lagi bahawa ranjau perjuangan Anwar menempuhi liku-liku yang begitu perit lagi mencabar pada hari-hari mendatang. Anwar menjadi mangsa keadaan yang mahu menghapuskan beliau dari dunia politik dan juga berkemungkinan ada yang mahu menghapuskan riwayat hidupnya di dunia ini. Ianya berkisar kepada dengki kianat-dendam kesumat untuk berebut kuasa dan kemewahan dunia.

Sebenarnya Anwar mempunyai banyak pilihan untuk hidup bersenang lenang, tetapi Anwar memilih jalan yang penuh berduri dan onak. Ini merupakan satu pengorbanan yang amat besar Anwar dalam usaha mencelikkan fikiran rakyat bahawasanya UMNO telah mengkianati rakyat selama 54 tahun ia memerintah Malaysia dan beliau juga berjaya menanamkan semangat rakyat untuk bangkit menuntut hak masing-masing.

Perasaan benci terhadap UMNO semakin berkembang di kalangan masyarakat khususnya di kalangan generasi muda yang berfikiran jauh ke depan dan yang berakal, walau pun pada satu hari nanti Anwar tidak lagi bersama dengan kita. Namun, beliau telah berjaya meniupkan semangat juang seperti semangat kental yang ada di kalangan rakyat Palestin bangkit menentang kebejatan Israel selama ini. Oleh sebab itu, saya yakin bahawa beliau tidak menyesal menyulusuri jalan-jalan yang ditempuhinya sekarang, sepertimana yang beliau tidak menyesal yang beliau memasuki alam UMNO yang penuhi dengan najis dan setan.

Apakah yang boleh dibuat oleh rakyat Malaysia bagi menghentikan segala perbuatan kianat, zalim, penyalahgunaan kuasa dan kedudukan yang dilakukan oleh regim Najib. Bak kata Wira Arjuna lagi manusia merancang. Kesudahan lakon layar adalah di tangan Maha Esa. Kegigihan Anwar mengharungi detik-detik getir yang menjelang adalah juga sebahagian daripada ujian Allah kepadanya dan keputusan Mahkamah Tinggi semalam dan fitnah video lucah yang cuba dipalitkan kepada Anwar hanyalah lagi satu lapisan dugaan yang terpaksa ditempuhi oleh Anwar dan Pakatan Rakyat dalam menamatkan pemerintahan sebuah parti yang kian terdesak dengan kemungkaran yang kian terdedah.

Hanya masa dengan izin Allah yang akan menentukan segala kepincangan dan kejahatan regim UMNO yang dilakukan selama ini akan disedari oleh sebahagian besar rakyat. Saya amat yakin dengan kuasa Allah jua, masa itu akan tetap tiba, tetapi bila? Lihatlah sejarah dunia, semua pemerintah yang zalim seperti Najib lakukan ini, satu persatu tumbang atas kebangkitan rakyat. Allah ada caranya tersendiri untuk menumbangkan kerajaan Najib yang kelihatan gagah perkasa, tetapi disisi Allah swt ianya amat lemah

Oleh itu, ambillah iktibar dan ikuti pedoman yang diberi oleh Mursyidul Am PAS supaya Anwar dan kita semua bersabar, teruskan gerak kerja seperti biasa dan wajib setiap orang daripada kita berterusan berdoa kehadrat Allah swt supaya UMNO dipercepatkan hari kematiannya.

Tiada ulasan: