"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Laa ingatka seleweng duit Pusat untuk program PAS...

Tok Non
Kecut perut jugak Tok Non bila seorang rakan menunjukkan laporan berita akhbar 'Utusex Meloya' yang mendakwa kununnnya Kerajaan Negeri Kedah selewengkan peruntukan Kerajaan Pusat untuk projek jalan.

Rupanya, Menteri yang jaga jalan Datuk Shaziman Abu Mansor berkata kerajaan negeri seleweng peruntukan tu untuk bina jalan baru di kampung-kampung. Kalau macam tu, apa masalahnya Datuk?

Duit yang Pusat bagi tu dikira geran wajib yang dipulangkan balik mengikut kadar kutipan oleh Pusat ke Negeri dari kutipan CUKAI JALAN yang dikenakan kepada seluruh rakyat Malaysia.

BN marah sebab duit tu sepatutnya guna untuk baiki jalan Persekutuan, walaupun jalan tu masih elok dan tak perlu dibaiki. Bila kerajaan negeri guna duit tu untuk bina jalan kampung, masalah besar bagi BN ialah 'kerajaan negeri dapat nama'. Ishh awatlah tak ikhlas hangpa ni nak bantu rakyat, semua nak nama.

Waktu depa kutip cukai jalan.. rakyat tak perlu cop atas duit tu pun 'Ini duit cukai yang diberi oleh ahli PAS, PKR atau DAP...' tapi bila mai time nak huluq balik dekat rakyat kalut pulak BN Pusat tak dapat nama. Ini dunia punya dalam, ini macam punya perangai pun ada ka?...

Apa salahnya bagi orang kampung pulak rasai keselesaan. Ada tempat sejak merdeka jalan kampung tak pernah diturap, depa bersyukur bila PAS memerintah baru dapat rasa jalan baru.

Jalan Persekutuan kebanyakannya dah elok, BN kena tengoklaa pulak kemudahan luar bandar sama. Kesian orang kampung, orang Melayu sebahagiannya UMNO berkarat tapi nikmat pembangunan tak dapat rasa. Yang BN dok pulun bagi sempurna semua kemudahan ialah kawasan bukan Melayu di bandar-bandar.. toksah dok pulun jek Cina lah UMNO woi, Cina tengok bayang UMNO pun tak mau dah la ni.

Orang Melayu pulak, toksah dok pulun sokong UMNOlah.. hangpa tu UMNO tengok seduit dua saja, mai dekat pilihanraya baru mai nak urut tengkok rakyat.

Tiada ulasan: