"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib dah siasat ke latar belakang bakal menantunyee..?

miramny68
Saya terbaca entri tulisan Leonid Komarovskiy tentang latarbelakang Daniyar Nazarbayev, tunangan Nooryana Najwa, anak perempuan Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak disini.

Pendedahan tentang bakal menantu PM Najib ini menggusarkan hati saya kerana seandainya apa yang diterbitkan ini adalah benar belaka, maka ada kemungkinan hal ehwal sulit negara dikompromi nanti.
Umum mengetahui bahawa sekiranya mereka yang menggunakan helah untuk masuk kedalam sesebuah keluarga yang berkedudukan tinggi seperti pemerintah sesebuah negara, rahsia dan keselamatan negara itu boleh terancam.
Saya ingin menyeru kepada PM Dato Seri Najib untuk menyiasat samada berita terbitan Leonid Komarovskiy ini sahih atau tidak?

Bak kata pepatah Melayu lama, ' Sesal dahulu pendapatan ; sesal kemudian tidak berguna!'
Walaupun pertunangan yang dilaporkan BERNAMA berlangsung semalam adalah suatu perkara melibatkan hal ehwal dalaman keluarga PM Dato Seri Mohd Najib, ianya turut menyaksikan keterlibatan para pemimpin negara termasuk Duli Duli Tuanku Sultan Sultan dan Raja Melayu.

Hal ehwal sulit Kerajaan Malaysia berada didalam akses Perdana Menteri secara total. Ahli keluarga beliau samada secara terus atau tidak turut berkemungkinan ada ruang dan peluang untuk mengetahui tentang perkara perkara sulit yang melibatkan keselamatan negara ini.
Sekiranya benar bakal menantu PM ini adalah seorang yang mempunyai latarbelakang yang meragukan seperti didedahkan oleh Leonid Komarovskiy, maka keselamatan negara kita turut terancam kepada pembocoran maklumat dalaman nanti.

Sebagai seorang warganegara yang prihatin akan setiap perkara yang melibatkan kesejahteraan negara tercinta kita ini, maka mahu tak mahu, selaku seorang penulis blog, jatuh wajib keatas saya memperingatkan ketua kerajaan negara kita tentang perkara ini.

Ini bukan perkara kecil atau berita glamor dunia hiburan untuk saya ketepikan seperti berita berita dunia artis atau selebriti.

Ianya melibatkan hal ehwal keluarga pemimpin negara. Selaku pemimpin negara, apa sahaja perkara yang berlaku keatas ahli keluarga PM atau mana mana pegawai tinggi kerajaan, akan ada tempiasnya keatas negara ini, baik secara terus atau pun sampingan.

Zaman sekarang adalah zaman teknologi dan inovasi komunikasi terkini. Jika seorang perisik atau penggodam mendapat akses kepada hal ehwal sulit negara samada secara sengaja ataupun tidak, ianya memungkinkan kedaulatan sesebuah kerajaan hancur didalam sekelip mata.
Saya tidak tahu secara mendalam tentang langkah langkah keselamatan yang diambil oleh Jabatan Perdana Menteri didalam menghadkan akses kepada pejabat PM di Putrajaya.

Saya cuma boleh berdoa dan berharap bahawa sistem keselamatan disana adalah senantiasa dikemaskini dan dipantau dengan seberapa teliti yang boleh supaya apa yang saya khuatirkan tidak akan berlaku pada bila bila masa di masa hadapan.

PM Najib Tun Razak mesti arah siasat kesahihan laporan ini kerana bukan sahaja nama baik dan masa depan Noornajwa anakanda beliau berkemungkinan terjejas sekiranya terbukti laporan Leonid Komarovskiy ini mempunyai asas tetapi juga keselamatan negara ini turut berada didalam kedudukan yang terancam.

Sekiranya terbukti Leonid Komarovskiy salah, maka PM Najib harus bertindak mendakwanya diatas kesalahan berniat jahat dan melakukan jenayah fitnah dahsyat keatas peribadi bakal anak menantunya Daniyar Nazarbayev.

"Prevention is better than cure", bro!

Dipetik dari MAHAGURU58

Tiada ulasan: