"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kasihan Pak Samad

peluit
Jika anda lihat video ni bagaimana sedihnya hati, Pak Samad diharau tanpa dapat berunding malahan pengikutnya ditakut-takutkan akan diguna KEKERASAN oleh pihak polis.



Sedang seminggu yang lalu dia mengadap sembah Duli Yang Maha Mulia di-Pertuan Agong kita. Berkali-klai dia mengatakan yang dia telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia di-Pertuan Agong untuk menyerahkan memorandum tersebut.

Ada beberapa isu yang perlu kita fikirkan.

"Saya telah mengadap Agong, Agong bilang boleh sampaikan!" Pak Samad cuba jelaskan.

Polis pula kata dapat arahan tidak benarkan!; siapa pula yang lebih Agong dari Agong? Apakah OCPD atau ada seseorang lain itu lebih Agong dari Agong?.

Di TV & Akhbar arus perdana kata polis meladeni dengan berhemah; tapi dalam video ini berkali-kali perkataan kekerasan itu yang diulang-ulang.

"Bersurai serta merta atau saya surai dengan KEKERASAN" hatta Pak Samad terpaksa beredar OCPDnya pula macam endah tak endah sahaja.

Agar Duli Yang Maha Mulia di-Pertuan Agong dapat melihat video ini.

Tiada ulasan: