"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

JAIS siasat kes orang Islam 'disyaki masuk Kristian'

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) disahkan telah menjalankan siasatan berhubung dakwaan kemasukan orang Islam ke agama Kristian dalam serbuan jabatan itu ke atas sebuah gereja pada awal bulan ini.

Sumber kerajaan negeri Selangor mengesahkan bahawa perkara itu terkandung dalam laporan awal siasatan berkenaan yang disediakan oleh JAIS berhubung serbuan jabatan itu ke atas Damansara Utama Methodist Church.

Kandungan laporan itu juga sama dengan sebahagian daripada kandungan yang dibocorkan ke blog pro-BN sebelum ini, menurut sumber berkenaan.

"Program Thanksgiving Dinner ini diyaki bertujuan meraikan kemasukan sebahagian orang-orang Islam itu ke agama Kristian sambil menghina dan mempersendakan agama Islam kononnya sebagai majlis berbuka puasa dengan melibatkan orang Islam sendiri," laporan itu dipetik.

Pemeriksaan ke atas kira-kira 100 orang hadirin di majlis berkenaan turut mendapati bahawa seramai 12 orang daripadanya merupakan penganut Islam. Laporan berkenaan menyenaraikan sepenuhnya nama serta nombor kad pengenalan individu berkenaan.

"Salah seorang yang mendakwa dirinya penganjur utama telah ditanya secara lisan oleh penguatkuasa JAIS kepadanya sama ada dia beragama Islam.

"...Dia menjawab 'I Believe in God' dan enggan mengaku beragama Islam sedangkan berdasarkan kad pengenalannya jelas beliau seorang Islam."

Laporan itu turut menyatakan bahawa seorang individu berbangsa Melayu diperhatikan sedang memberikan ucapan "tentang dirinya yang pernah dibesarkan sebagai orang Islam" dalam majlis berkenaan.

Menurut laporan itu lagi, tiga orang peserta Islam cuba melarikan diri melalui pintu belakang secara senyap.

Selain itu, beberapa orang anggota penganjur juga dikesan memakai baju kebaya dan baju kurung manakana dua buah lagu bertajuk "Alhamdulillah" dan "Allahuakbar" turut dinyanyikan dalam program berkenaan.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: