"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Perang besar UMNO bahagian Alog Setaq

Mat Kering Bakaq Bata

Hangpa ingat lagi cerita 11 ajk Pemuda UMNO Alog Setaq letak jawatan aritu? Sampai la isu tu bukan selesai lagi pun, ia cuma 'hilang' kerana disimpan bawah tikag getah. Itulah penyelesaian ala Tok Mat Bashah.

Ni ada cerita panas terbaru UMNO Bahagian Alor Setaq, pertikaian besar antara Ketua dgn Naib Ketua Bahagian hingga menyebabkan minggu lalu Naib Ketua UMNO Bahagian Alor Setar letak jawatan!

Konon ceritanya Naib Ketua ni tak puas hati dengan Tok Mat Bashah asyik sabotaj programnya. Buat program kat mana pun semua disekat, kononnya sebab Naib Ketua ni terlebih semangat Melayunya jadi Toh Bashah takut undi Cina lari... Pulak dah. Sepatutnya makin kuat Melayu, makin dpt tempat dalam UMNO.. Tapi dah terbalik perjuangan UMNO, takut bukan main dekan abang Long depa MCA.

Satu lagi kroni Bashah tak puas hati dengan Naib Ketua ni sebab dah berani kondem UMNO dan memuji pentadbiran Ustaz Azizan. Aitt takkan puji MB pun tak boleh?? Memang patut Naib Ketua ni puji Ostaz Jijan (gelaran oleh UMCO) kerana sekian lama dok berjuang dlm UMNO, mai masa Ustaz Azizan baru bagi dapat gelaran 'Dato'. Memanglah Dato' tu anugerah Tuanku, tapi lesen besaq yang turun sign utk cadangan apa-apa anugerah istana dibuat oleh jawatankuasa yang dipengerusikan oleh MB. Kalau MB tak sign habuk pun tarak..

Itu semua cuma khabar di hujung telinga.. Tunggu selesai siasatan nanti, MK akan laporkan kejadian sebenar yang lebih tepat.

Entahlah Tok Bashah, baru pimpin UMNO Bahagian dah huru hara. Kalau dapat jadi MB Kedah habih lintang pukang tunggin buyong negeri Kedah.

Perang besar UMNO bahagian Alog Setaq

-tko-

Tiada ulasan: