Deepak berkata, pertemuan itu sepatutnya diadakan semalam tetapi pegawai yang akan beliau temui itu sibuk.
“Oleh itu dia meminta saya untuk ke sana dalam minggu ini. Saya akan maklumkan kepada media dengan lebih lanjut mengenai perkara ini kerana saya akan memerlukan bantuan media sebelum masuk.
“Saya akan memberitahu media tentang apa yang saya akan maklumkan kepada SPRM sebelum perjumpaan itu,” katanya dipetik Malaysiakini.
Ditanya mengenai identiti pegawai yang memanggilnya, Deepak memberitahu, beliau tidak dapat mendedahkannya namun menyatakan beliau pernah berurusan dengan pegawai berkenaan sebelum ini.
Deepak juga enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai sebab beliau dipanggil dan hanya mengatakan akan mendedahkan perkara itu sebelum memasuki pejabat SPRM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan