"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sebab Imam Madinah ke Malaysia terbongkar

laniismaa
Sebelum ini Ekeleh ada menulis “Import imam Masjid Nabawi bantu kempen PRU?” dan benar-benar berlaku. Selama 2 minggu Imam dan khatib Masjid Nabawi, Fadhilatul Al-Syeikh Solah Muhammad Al-Budair di Malaysia dan ternyata Syeikh Arab tersebut telah dipergunakan.

Laporan Berita Harian “Imam Madinah iktiraf BN” membuktikannya. Laporan tersebut juga diulas panjang daripada biasa. Peliknya tak pula disertakan apa yang dicakapkan oleh Syeikh Madinah tersebut. Hanya Muhyiddin Yassin yang menjadi juruulas kepada Syeikh tersebut. Apalagi Muhyiddin pun karanglah ceritanya tentang penghormatan kepada negara, keperihatinan Arab Saudi, BN syiar Islam, UMno menegakkan Islam dan bla…bla…bla…Rujuk BH
Syeikh_Madinah
 Lama lagi Syeikh tersebut berada di negara ini sehingga 4 Mei, sehari sebelum PRU dan selepas ini banyak lagilah ulasan yang nak diulas Muhyiddin.

Syeikh tu dijemput khas, atas nama kerajaan Malaysia dan BN ambil kesempatan. Dijemput khas dengan tambang penerbangan percuma, hotel penginapan percuma, makan percuma, perjalanan harian percuma. Tentulah Syeikh tersebut menjaga adab bertamu kepada mereka yang menjemputnya. Cuma Muhyiddin yang ulas panjang-panjang!!

Tiada ulasan: