"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Seorang wanita dipenjara 30 tahun kerana membakar zakar anaknya yang berusia 19

Boston: Seorang wanita dihukum penjara sehingga 30 tahun kerana membakar zakar dan puting dada anak lelakinya dengan pemetik api.

Media semalam melaporkan, seorang remaja berusia 19 tahun menjadi mangsa penderaan berulang oleh ibunya dan dipaksa berbohong mengenai kecederaan yang dikesan pada tubuhnya.
Walaupun diseksa ibu sendiri, pemuda terbabit diarah menipu kononnya kecederaan dialami itu akibat perbuatan sendiri.

Dalam keterangan di mahkamah, mangsa dilaporkan menjadi mangsa penderaan tiga individu berlainan, termasuk ibunya sendiri.

Ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Merrimack di Massachusetts, pemuda terbabit berkata, dia diseksa di rumahnya di Penacook.

Ibu pemuda terbabit, Christine Gelineau, 53, dilihat tersedu-sedan mendengar keterangan itu sambil duduk dengan pakaian penjara.

“Ibu, apa yang anda lakukan ke atas saya tak boleh dimaafkan.

“Anda memukul saya, membiarkan saya kebuluran, hampir memutuskan zakar saya, membuang pakaian saya, melarang saya mandi.

“Anda hampir membunuh saya dengan tiga jenis ubat antikemurungan dan dua pelega otot,” katanya.

Menurut pemuda terbabit, dia percaya kekejaman itu disengajakan supaya dia mati dan ibunya boleh kembali kepada kehidupan silamnya.

“Anda tidak akan dapat melihat saya menamatkan pengajian dan berharap anda sedar bahawa segala yang anda miliki kini lenyap,” katanya.

Christine mengaku salah atas tuduhan menyerang dan mengancam saksi.

Sebagai balasan, dia dihukum penjara antara sembilan hingga 30 tahun walaupun kebiasaannya hakim mengenakan hukuman lebih ringan.

Pendakwa, George Waldron berkata, mangsa mengalami kerosakan saraf kekal pada zakarnya apabila Christine membakar organ sulit itu dengan pemetik api di antara 10 hingga 14 April lalu.

Christine mengaku membakar hujung zakar anak lelakinya tetapi mendakwa dilakukan selepas remaja terbabit mahu mengadakan hubungan seks dengannya.

Sebagai balasan, kata Christine, dia memakai sarung tangan dan mencengkam kemaluan mangsa dan memulasnya sebelum dibakar beberapa saat walaupun remaja terbabit meraung kesakitan.

Namun seorang lagi suspek, Daniel ‘Tyler’ Cantrell berkata, Christine membakar zakar remaja terbabit selepas memaksa mangsa memakan najis manusia.

Walaupun mangsa mengikut arahan itu, Christine tetap membakar kemaluan remaja itu. 
-Agensihmetro-

Tiada ulasan: