"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PM letak jawatan kerana rasa bertanggungjawab terhadap insiden yang meragut ratusan nyawa

Tapi ni PM Korea bukan malaysia. Sekurang-kurangnya mayat mangsa feri karam telah  dijumpai. Tragedi MH370 penumpang dan pesawat hilang begitu saja, sepatutnya Najib letak jawatan semasa mengumumkan penerbangan MH370 berakhir dilautan Hindi tempoh hari.

HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Hong-Won meletak jawatan kerana perlu bertanggungjawab terhadap insiden feri karam yang menyebabkan lebih 300 orang terkorban dan hilang.
Beliau memohon maaf kerana tidak dapat menghalang perkara itu daripada berlaku.

"Saya percaya, sebagai Perdana Menteri, saya perlu bertanggungjawab dan meletak jawatan," katanya dipetik astroawani.

Sewol, feri penumpang terbesar, karam bersama 476 penumpang yang kebanyakan terdiri daripada pelajar sekolah dalam perjalanan menuju ke selatan pulau peranginan Jeju pada 16 April lalu.

Sehingga Ahad, jumlah kematian akibat tragedi itu dilaporkan 187 orang dengan 115 diambil kira.

Kerajaan Korea Selatan, bersama semua jabatan rasminya, telah dikritik hebat akibat nahas ini dan pengendalian operasi menyelamat.

Tiada ulasan: