V Anbalagan
PETALING JAYA: Polis perlu mengambil serius dengan kemunculan surat yang meminta sokongan dari Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS) untuk memastikan Datuk Seri Najib Razak terus berkuasa, kata peguam.
SN Nair berkata apa yang polis perlu lakukan adalah memfailkan laporan dengan kerelaan sendiri dan mulakan siasatan.
“Mereka tidak perlu menunggu orang ramai membuat laporan sebelum bertindak,” katanya kepada FMT.
Nair yang juga bekas pegawai polis, berkata demikian sebagai maklum balas kepada sepucuk surat 3 halaman yang ditulis oleh Datuk Hasanah Ab Hamid, bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (ME10).
Surat itu ditulis kepada Pengarah CIA, Gina Haspel.
Nair berkata kesalahan itu dilakukan di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan iaitu aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.
Kanun Keseksaan itu menyatakan “barang siapa, dengan apa-apa cara, secara langsung atau tidak langsung, melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen hendaklah dihukum dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun”.
Di bawah Sosma, suspek boleh ditahan sehingga 28 hari sementara menunggu perbicaraan.
Beliau berkata walaupun ia adalah kesalahan keselamatan, polis boleh mengenakan hukuman di bawah Kanun Prosedur Jenayah (CPC) untuk menahan seseorang sehingga 14 hari.
“Mereka yang didakwa juga ditawarkan jaminan,” katanya.
Beliau berkata polis hanya perlu menyoal Hasanah dan Najib untuk menentukan kesahihan surat 3 yang ditulis kepada pengarah CIA.
Hasanah yang kini tidak diketahui jawatannya, didakwa menyatakan Najib sebagai sekutu AS yang boleh bekerjasama dengan Washington, berbanding Tun Dr Mahathir Mohamad yang “anti-Barat dan anti-Yahudi”.
Dr Mahathir mengetuai Pakatan Harapan, memenangi pilihan raya pada 9 Mei, yang menggulingkan Barisan Nasional buat pertama kalinya dalam tempoh lebih 60 tahun.
Najib bagaimanapun berkata beliau tidak pernah mengarahkan surat itu ditulis dan tidak tahu menahu tentang kewujudannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan