FMT Reporters
PETALING JAYA: Anwar Ibrahim mengumumkan sokongan kepada Aminuddin Harun kekal menjadi menteri besar sekiranya berjaya mengekalkan kuasa pada PRN Negeri Sembilan.
Presiden PKR berkata, perkara itu sudah dikemukakan kepada Zahid Hamidi selaku presiden Umno yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN).
Katanya, perbincangan berhubung bakal calon menteri besar itu digambarkannya mengambil masa panjang.
“Tetapi, setelah menyampaikan pandangan kita kepada presiden Umno…pengerusi BN Zahid Hamidi dan menekankan untuk kelangsungan kerja kesinambungan dan rekod prestasi saudara Aminuddin Harun itu memuaskan.
“Wajar kita pertahankan beliau selaku menteri besar,” katanya dalam ucapan Malam Pengumuman Calon PKR, di Padang Awam MBSA, Shah Alam.
Anwar berkata, ketika menjadi Ahli Parlimen Port Dickson banyak program rakyat dianjurkan Aminuddin.
“Saudara Aminuddin yang saya kenal lama terutama apabila saya jadi Ahli Parlimen Port Dickson dan lebih banyak kerja dan besar program-program merakyatkan.
“…tidak ada ruang sehingga ada orang menyatakan menteri besar ini sukar ditemui atau tidak disantuni,” katanya.
Terdahulu, beliau yang juga pengerusi Pakatan Harapan turut menyokong Chow Kon Yeow kembali menjadi ketua menteri Pulau Pinang, mengambil kira rekodnya membangunkan negeri itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan