"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Israel mahu biro Al-Jazeera ditutup

K PRAGALATH

Menteri Komunikasi Israel Shlomo Karhi mahu biro tempatan Al-Jazeera ditutup. Syarikat media dari Qatar tersebut turut dituduh sebagai pro-Hamas.

Selain itu Al-Jazeera turut dituduh mendedahkan tentera Israel kepada risiko serangan dari Gaza.

Cadangan menutup Al-Jazeera telah ditapis oleh pihak keselamatan dan sedang diperinci oleh pakar perundangan sebelum dibawa ke kabinet.

Al Jazeera dan Qatar belum mengulas perkembangan ini.

“Ini ialah stesyen yang menghasut, ini ialah stesyen yang merakam tentera kita di kawasan himpunan (luar Gaza) dan menghasut menentang rakyat Israel.

“Ia organ propaganda,” kata Karhi kepada Radio Tentera Israel, lapor Reuters.

“Ia sesuatu yang tidak boleh diterima apabila pesanan wakil Hamas disebarkan menerusi stesyen ini. Saya harap kita boleh tamatkannya hari ini.”

Tidak dapat dipastikan samada kenyataan terakhir merujuk kepada mesyuarat kabinet atau arahan penutupan.

Tiada ulasan: