"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Upah RM500 bawa rokok lebih RM1.18 juta

Siti Rohana Idris
am@hmetro.com.my
WAN Jamal (kiri) bersama pegawainya menunjukkan rampasan 1,560,000 batang rokok putih diseludup dari negara jiran. FOTO Nik Abdullah Nik Omar.
WAN Jamal (kiri) bersama pegawainya menunjukkan rampasan 1,560,000 batang rokok putih diseludup dari negara jiran. FOTO Nik Abdullah Nik Omar.
Tumpat: Sindiket penyeludupan rokok putih dikesan mengupah pemandu lori sebanyak RM500 bagi satu perjalanan membawa barang larangan itu ke Lembah Klang.

Kegiatan itu bagaimanapun ditumpaskan selepas pasukan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan menahan kenderaan terbabit di Kota Bharu pada 24 Okt lalu.

Pengarah JKDM negeri, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, pihaknya menahan pemandu lori berusia 48 tahun, selain menemukan 1,560,000 batang rokok dianggarkan lebih RM1.18 juta termasuk cukai.

"Rokok itu ditempatkan dalam 156 peti, disyaki diseludup dari negara jiran untuk dipasarkan ke Lembah Klang," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Wan Jamal berkata, sebelum penahanan itu, pasukannya mengesan lori berkenaan di Palekbang di sini pada 10.30 malam, dan mengekorinya sejauh 10 kilometer hingga ke Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu.

Katanya, ketika disoal siasat, pemandu lori yang direman 10 hari hingga Jumaat lalu, mendakwa dibayar upah untuk membawa rokok itu ke Lembah Klang yang mendapat permintaan tinggi.

"Sudah dua rampasan dibuat membabitkan lori 'bonded' sebegini dan kita percaya kenderaan itu dianggap selamat kerana ia bertutup dan boleh mengaburi pihak berkuasa," katanya.

Menurutnya, JKDM akan sentiasa berjaga-jaga dengan taktik penyeludup dan pemantauan dibuat di lebih 20 pangkalan haram sekitar daerah ini.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

Tiada ulasan: