"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kenapa Wahab belum tampil beri keterangan?

Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani masih belum tampil biarpun sudah lebih seminggu siasatan pihak polis berhubung kes tular rakaman video perbualan berbaur lucah yang melibatkannya dengan bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Mohammad Agus Yusoff.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya menerusi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menggunakan pelbagai cara dalam usaha mengesan Abdul Wahab.

“Meskipun sudah dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan, namun sehingga setakat ini, Abdul Wahab masih belum tampil.

“Kita telah menggunakan pelbagai cara termasuk menghubunginya, namun telefon bimbit miliknya dimatikan,” katanya.

Usaha mengesannya menerusi peguam juga buntu kerana Wahab tidak menjawab panggilan telefon.

“Justeru, saya meminta kepada Abdul Wahab untuk segera tampil bagi membantu siasatan sekali gus menyelesaikan kes berkenaan dalam kadar segera.

“Maklumat dan keterangan daripada Abdul Wahab amat penting sekali gus dapat mengesahkan peranan Mr H dalam kes berkenaan,” katanya.

Pada Jumaat lalu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan bahawa pihaknya sudah merakam percakapan tiga individu dalam kes berkenaan iaitu Mohammad Agus, individu yang dikatakan Mr H dan pekerja hotel di lokasi sidang media diadakan.

Sebelum ini pihak polis mencari Mr H.

Wahab muncul bersama Agus dalam sidang media pada 17 Nov menafikan bahawa mereka bercakap secara lucah.

Tiada ulasan: