"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gadis malang dijadikan tempat lempias nafsu bapa sendiri sejak 2019 sehingga lahirkan anak

Ahmad Hasbi
am@hmetro.com.my

Tampin: Malang bagi seorang gadis berusia 24 tahun apabila menjadi mangsa nafsu serakah bapanya sendiri sejak 2019 sehingga melahirkan anak di Gemenceh, di sini.

Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Amiruddien Sariman berkata, susulan laporan yang dibuat ibu saudara mangsa, polis menahan suspek kira-kira 10 malam semalam di rumah mereka di Gemencheh.

"Kira-kira jam 9.30 malam tadi (semalam), polis menerima satu laporan mengenai satu kes rogol yang dilakukan bapa kandung terhadap anak perempuannya secara paksa sehingga melahirkan seorang anak.

"Siasatan awal mendapati kejadian rogol itu berlaku sejak mangsa berusia 20 tahun tahun sehingga Julai lalu. Anak dilahirkan mangsa kini berusia empat tahun," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan juga mendapati mangsa yang tidak bekerja dipercayai tidak mahu membuat laporan kerana takut terjadi apa-apa terhadap dirinya.

Justeru katanya, bertindak atas laporan yang dibuat ibu saudara mangsa, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Tampin menahan seorang lelaki berumur 52 tahun yang disyaki terbabit dengan kes ini.

"Suspek ditahan reman selama tujuh hari. Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan dan siasatan masih diteruskan," katanya.

Tiada ulasan: