Kerana PN kalah, cikgu ajar Pendidikan Islam sanggup hina orang Asli
SITI NUR ZAWANI
Seorang guru yang mengajar di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Negeri Sembilan didakwa mengeluarkan kata yang kurang menyenangkan kepada penduduk orang Asli.
Ayat yang merendahkan orang Asli itu dipercayai kerana parti yang disokongnya kalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri.
Dalam satu tangkap layar tular di Facebook, guru yang dikenali sebagai Asiah meninggalkan komen pada sebuah video politik dengan menulis “taraf-taraf orang asli je lah penyokong BN UMDap ni”.
Tidak pasti guru berkenaan meninggalkan komen di laman TikTok milik siapa.
Namun, ia berkaitan dengan keputusan PRK Nenggiri kelmarin.
Seorang pengguna membalas komen tersebut dan mempersoal adakah orang Asli begitu hina di mata penyokong pembangkang.
Susulan itu, orang ramai cuba mencari akaun TikTok guru wanita berkenaan dan mendapati dia mengajar subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.
Hasil semakan Harapan Daily, akaun TikTok guru berkenaan ditetapkan pada mod privasi.
Sementara itu, pengguna Facebook mempersoal akhlak seorang guru agama yang sanggup mengeluarkan kenyataan merendahkan orang lain hanya kerana parti yang disokongnya kalah di PRK.
“Asbab parti politik dia kalah, cikgu ni hina orang asli. Assalamualaikum warga SMK Agama Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail atau SEMEDAH.
“Nampaknya, boleh dah panggil Cikgu Asiah ni. Mungkin dia teringin nak mengajar di sekolah orang Asli.
“Macam mana cikgu yang ajar Pendidikan Islam dan Bahasa Arab boleh ada sifat macam ni?,” soal Najib Bakar, pengguna yang mula-mula menularkan tangkap layar komen cikgu berkenaan.
Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, cikgu berkenaan difahamkan telah pun memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
“Saya mohon maaf atas kekhilafan saya menghina orang asal. Saya mengaku kesilapan saya. Saya berjanji tidak akan mengulanginya,” katanya sambil meminta agar hantaran tersebut dipadam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan