"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Van jatuh gaung, 11 maut, lima parah

Bernama-Xinhua
11 maut cedera manakala lima parah selepas van jatuh gaung di Utara Pakistan.
11 maut cedera manakala lima parah selepas van jatuh gaung di Utara Pakistan.
Islamabad: Sekurang-kurangnya 11 orang termasuk wanita dan kanak-kanak maut dan lima lagi parah selepas sebuah van penumpang terjunam ke dalam gaung di wilayah Khyber Pakhtunkhwa di barat laut Pakistan, kata pegawai penyelamat tempatan pada Isnin, lapor Xinhua.

Kemalangan itu berlaku di daerah Swat di wilayah itu pada Ahad ketika van berkenaan dalam perjalanan dari pusat peranginan pelancong Malam Jabba ke Sair Telegram di laluan pergunungan, kata pegawai itu.

Pasukan penyelamat serta penduduk bergegas ke lokasi dan melancarkan operasi bantuan, memindahkan lima mayat dan 11 mangsa cedera ke hospital iaitu enam daripada yang cedera meninggal dunia semasa menerima rawatan.

Para medik bimbang jumlah kematian mungkin meningkat kerana kesemua yang cedera dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Polis tempatan telah melancarkan siasatan untuk menentukan punca sebenar kemalangan itu.

Siasatan awal mendapati pemandu itu hilang kawalan ketika melalui jalan yang sempit menyebabkan kenderaan itu terjatuh ke dalam gaung.

Tiada ulasan: