"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kisah Sahabat Bertemu Raja Rome Dan Melihat Koleksi Gambar 14 Nabi Dan Rasul

kamal_hasan
Hisyam bin al-As r.a. dan seorang lagi Sahabat menetap di istana Hercules selama tiga hari. Pada suatu malam, seorang utusan Hercules memanggil mereka masuk ke kamarnya. Ketika di dalam kamar tersebut, dia mengeluarkan kotak besar yang mempunyai banyak pintu dan berlapis emas.
Salah satu kotak itu dibuka kuncinya dan dikeluarkan sekeping gambar berwarna merah berbalut kain sutera hitam. Itu adalah gambar seorang lelaki bertubuh tegap dan besar, memiliki leher yang panjang, tidak berjanggut dan dianggap sebagai sebaik-baik ciptaan Allah. "Adakah kamu tahu siapa ini?" soal Hercules. "Tidak."

Hisyam bin al-As r.a. dan seorang lagi Sahabat menetap di istana Hercules selama tiga hari. Pada suatu malam, seorang utusan Hercules memanggil mereka masuk ke kamarnya. Ketika di dalam kamar tersebut, dia mengeluarkan kotak besar yang mempunyai banyak pintu dan berlapis emas. Salah satu kotak itu dibuka kuncinya dan dikeluarkan sekeping gambar berwarna merah berbalut kain sutera hitam. Itu adalah gambar seorang lelaki bertubuh tegap dan besar, memiliki leher yang panjang, tidak berjanggut dan dianggap sebagai sebaik-baik ciptaan Allah.

“Adakah kamu tahu siapa ini?” soal Hercules. “Tidak.”

“Ini ialah gambar Nabi Adam (a.s.) dan orang yang paling banyak rambut.”

Kemudian, dia membuka kotak yang lainnya dan mengeluarkan gambar berbalut kain sutera hitam yang terdapat gambar berwarna putih. Ia adalah gambar seorang lelaki yang berambut kerinting, kedua-dua matanya merah, tegap badannya dan halus janggutnya. Dia bertanya, “Adakah kamu kenal siapa ini?”

“Tidak.”

“Ini ialah gambar Nabi Nuh (a.s.).”

Seterusnya, dia mengeluarkan lagi gambar yang di dalamnya terdapat wajah lelaki yang sangat putih, kedua-dua matanya indah, lebar dahinya, panjang pipinya, putih janggutnya dan seakan-akan tersenyum. Dia bertanya lagi, “Adakah kamu kenal siapa ini?”

“Tidak.”

“Ini ialah Nabi Ibrahim (a.s.).”

Seterusnya, dia membuka lagi gambar lain yang berwarna putih. Dia bertanya, “Adakah kamu kenal siapa ini?”

“Ya. Kami kenal. Ini ialah Muhammad Rasulullah SAW.” Dengan tidak semena-mena kedua-dua Sahabat itu mengalirkan air mata. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui apakah perasaan kedua-dua orang Sahabat itu.

Hercules berkata, “Adakah kamu yakin ini gambarnya?”

“Ya.”

Di samping gambar tersebut, terdapat gambar seorang lelaki yang sedang berada di belakang Baginda Rasulullah SAW.

“Adakah kamu tahu siapakah yang berada di belakangnya?” soal Hercules.

“Ya, kami kenal. Ini adalah Sahabatnya dan khalifah selepasnya (Sayidina Abu Bakar r.a.).”

Hercules diam seketika sebelum berkata, “Ingat! Sesungguhnya dia berada di akhir kotak tetapi sengaja aku buka lebih awal supaya kamu dapat melihatnya.”

Seterusnya, kain sutera hitam dibuka lagi. Maka, dikeluarkan gambar yang kehitam-hitaman. Dalamnya terdapat wajah lelaki yang berambut kerinting, matanya agak ke dalam, tajam penglihatannya, bermuka masam, gigi tersusun rapi dan bibirnya menjulur keluar seperti orang sedang marah.

“Inilah Nabi Musa (a.s.),” jelas Hercules. Di samping gambar Nabi Musa a.s, terdapat gambar yang mirip-mirip wajahnya tetapi rambutnya berminyak, lebar dahinya dan dikedua-dua matanya ada garis hitam ke hidung. “Ini ialah Nabi Harun (a.s.).”

Kedua-dua orang Sahabat itu ditunjukkan lagi gambar yang lain yang dibaluti sutera putih. Di dalamnya ada gambar seorang lelaki yang kehitam-hitaman, rambutnya tidak berkerinting, bertinggi sederhana dan seperti orang marah. Hercules bertanya, “Kenalkah kamu siapa ini?”

“Tidak.”

“Ini ialah Nabi Luts (a.s.).”

Kemudian, dia membuka kain sutera putih yang lain yang di dalamnya terdapat lelaki berkulit putih kemerahan, hidungnya mancung, jambangnya nipis dan tampan wajahnya. Dia bertanya, “Kenalkah kamu siapa ini?”

“Tidak.”

“Inilah Nabi Ishak (a.s.).”

Kain sutera putih yang lain pula dibuka. Terpaparlah gambar wajah yang mirip-mirip dengan Nabi Ishaq a.s. Cuma, di bibirnya ada tahi lalat. Dia bertanya soalan yang serupa dan Sahabat pun menjawab dengan jawapan yang sama.

“Ini ialah Nabi Yaakub (a.s.),” jelasnya.

Kemudian, dia membuka kotak yang lain dan mengeluarkan kain sutera hitam. Di dalamnya ada gambar lelaki berkulit putih, berwajah tampan, berhidung mancung, berbadan tegap dan wajahnya bersinar-sinar. Dia bertanya, “Kenalkah kamu siapa ini?”

“Tidak.”

“Ini ialah Nabi Ismail (a.s.), datuk kepada Nabi kamu .”

Seterusnya, dia membuka kotak yang lain dan mengeluarkan kain sutera putih. Di dalamnya terdapat gambar seperti wajah Nabi Adam a.s, wajahnya seperti matahari. Dia bertanya, “Kamu kenalkah siapa ini?”

“Tidak.”

“Ini ialah Nabi Yusuf (a.s.).”

Kain sutera putih yang lain pula dibuka dan di dalamnya terdapat gambar lelaki yang berwajah kemerah-merahan, gempal kedua-dua betisnya, lemah pandangannya, bertubuh sedang-sedang dan membawa pedang.

“Kamu kenalkah siapa ini?”

“Tidak.”

“Inilah Nabi Daus (a.s.).”

Kemudian, dalam gambar yang lain kelihatan lelaki yang besar pinggangnya, panjang kedua-dua kakinya dan menaiki kuda. “Kenalkah kamu siapa ini?”

“Tidak.”

“Inilah Nabi Sulaiman (a.s.).”

Seterusnya dia memperlihatkan gambar seorang lelaki yang berjanggut sangat hitam, banyak rambutnya, indah kedua-dua matanya dan tampan wajahnya. “Kenalkah kamu siapa ini?”

“Tidak.”

“Inilah Isa bin Maryam (a.s.).”

“Dari mana tuan mendapat gambar-gambar ini? Kami yakin ini adalah gambar Para Nabi dan kami yakin rupa Nabi SAW seperti itu.” Sahabat bertanya.

Hercules menjelaskan bahawa, sesungguhnya Nabi Adam a.s. meminta kepada Allah SWT diperlihatkan rupa para Nabi dari anak cucunya dan Allah menurunkan gambar-gambar mereka. Nabi Adam a.s. menyimpannya di u***** Barat sebelum Iskandar Zulkarnain a.s. mengeluarkannya dan diserahkan kepada Nabi Danial a.s. Zulkarnain a.s. berkata, “Ingat, demi Allah! Sesungguhnya aku telah keluar daripada kerajaanku dan aku menjadi hamba kerana keburukan kamu dalam memiliki sesuatu sehingga aku mati.”

Setelah pertemuan tersebut, kedua-dua orang Sahabat itu pun pulang. Mereka bertemu dengan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. dan menceritakan apa yang telah mereka lihat dan apa yang dikatakan oleh sang raja. Lalu, Sayidina Abu Bakar r.a. menangis dan berkata, “Rasulullah SAW telah memberitahu kepada kami bahawa orang Nasrani dan Yahudi telah menemui sifat-sifat Nabi SAW pada diri mereka (tetapi mereka tidak mahu beriman).”

Sila tonton ceramah Ustaz Nazmi Karim berkaitan kisah ini di sini

Lain2 artikel menarik


Video ngeri awan cumulonimbus, Cerita juruterbang yang pernah terselamat

laniismaa
Cumulonimbus_Cloud
Awan cumulonimbus merupakan igauan ngeri juruterbang. Ini kerana awan ini boleh menyebabkan kemalangan dahsyat. Oleh itu, tidak hairanlah bila awan yang selalu disebut awan CB ini ditakuti banyak penerbangan.

Bahkan, awan CB disyaki menjadi penyebab terhempasnya pesawat AirAsia QZ8501 di Selat Karimata pada 29 Desember 2014. Juruterbang Irianto yang menerbangkan QZ8501 menjadi korban awan tersebut.

Namun, bukan bererti awan CB tidak mampu diatasi. Tidak ramai juruterbang yang selamat dari kedahsyatan awan tersebut. Salah seorangnya, juruterbang Senior Garuda Indonesia Kapten Abdul Rozaq.

Dalam wawancaranya di Breaking News tvOne, pada 4 Januari 2015, Kapten Abdul Rozaqmengaku menjadi saksi kekuatan awan CB. Pesawat Garuda Indonesia yang kemudikannya terjebak dalam awan CB.

“Kejadiannya pada Januari 2002. Pesawat saya langsung masuk awan CB di ketinggian 32 ribu kaki. Tidak sampai 3 minit, kedua mesin pesawat langsung mati,” ujarnya.

Abdul menceritakan, gangguan yang dialami pesawatnya sangat dahsyat. Goncangan datang dari sisi kiri, kanan, depan dan belakang pesawat. Bagi para penumpang, pesawat bagaikan terbanting-banting dalam awan.

“Itulah yang menyebabkan mesin pesawat mati, karena tidak kuat menahan goncangan,” katanya.

Abdul terus bersiap sedia melakukan pendaratan kecemasan. Oleh kerana komunikasi dalam pesawat terputus, dia berkomunikasi secara manual dengan kru untuk mempersiapkan penumpang. Usaha Abdul dan pembantunya pada waktu itu, juruterbang Heryadi, terbayar. Pesawat berjaya mendarat cemas di Sungai Bengawan Solo. Tidak ada yang terkorban.

Belajar dari pengalaman tersebut, Abdul mengatakan komunikasi pilot dengan awak kabin saat keadaan darurat sangatlah penting. “Awak kabin bisa langsung menjalankan SOP untuk evakuasi penumpang,” ujarnya.

Selain itu, Abdul juga menyatakan juruterbang juga harus boleh menyiapkan serta mententeramkan hati penumpang ketika cuaca buruk menghadang. Meskipun begitu, Abdul menambah pesawat ketika ini sudah mempunyai peralatan yang lebih canggih untuk mengesan cuaca buruk.

“Pesawat modern saat ini sudah bisa mendeteksi awan CB dari jauh, jadi harusnya bisa dihindari,” katanya.

Ketahui Punca Sebenar Kematian Akibat Denggi, Mitos Jus Betik dan Sup Ketam

Tranungkite
Kebelakangan ini, negara digemparkan dengan peningkatan kes demam denggi sehingga mendorong masyarakat mencuba pelbagai cara dan petua untuk merawat penyakit itu termasuk kaedah tradisional.

Tidak dinafikan, setiap kali ada yang menghidap demam denggi, pasti akan ada yang mengesyorkan pengambilan sup ketam dan jus daun betik sebagai rawatan alternatif bagi membantu meningkatkan platelet dalam darah.
Namun, Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof. Dr Adeeba Kamarulzaman nyata mempunyai pandangan berbeza, malah beliau menjelaskan punca kematian akibat demam denggi bukan disebabkan platelet darah rendah dan dengan itu masyarakat tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada jus daun betik sebagai kaedah alternatif.

"Kematian pesakit denggi sebenarnya berpunca daripada kebocoran plasma akibat tiada tekanan dalam salur darah sehingga menyebabkan tekanan darah rendah dan tidak sampai ke jantung.


"Itu yang sebenarnya tidak diketahui oleh doktor dan orang ramai. Banyak kematian akibat demam denggi disebabkan berlakunya kebocoran plasma dan bukannya platelet darah yang rendah," katanya kepada mStar Online.


Beliau berkata demikian bagi mengulas pengambilan jus daun betik di kalangan penghidap demam denggi yang dikatakan dapat meningkatkan platelet darah.

Jelasnya, publisiti yang diberikan terhadap jus daun betik sebagai kaedah alternatif untuk meningkatkan platelet darah hanya menutupi punca sebenar kematian akibat demam denggi.

"Fokus lebih diberikan kepada jus daun betik untuk meningkatkan platelet darah yang rendah sedangkan punca kematian sebenar pesakit adalah akibat kebocoran plasma," katanya.
Jus daun betik dikatakan berupaya merawat penyakit demam denggi.
Malah, menurut beliau, kaedah alternatif itu juga akan melengah-lengahkan pesakit untuk mendapatkan rawatan di hospital yang sepatutnya dilakukan dengan segera.

"Sekiranya pesakit mendapatkan rawatan awal di hospital dan diberikan cecair intravena, risiko kematian boleh dielak," katanya.

Dr Adeeba berkata, simptom kebocoran plasma boleh disedari menerusi tanda amaran seperti sakit seluruh badan, loya, muntah, sesak nafas, gusi berdarah dan tidak bermaya.

Katanya, pesakit yang terkena jangkitan tersebut untuk kali kedua berisiko tinggi terkena demam denggi berdarah sehingga boleh membawa maut.

"Secara realitinya, demam denggi berdarah jarang berlaku disebabkan platelet darah yang rendah. Ia disebabkan simptom kejutan denggi (shock) yang bermaksud tekanan darah rendah," katanya.

Beliau berkata, kaedah paling efektif untuk mengelak demam denggi berdarah adalah menyedari tanda amaran, kejutan denggi dan pesakit diberi cecair intravena.

"Badan anda mempunyai keupayaan semula jadi untuk pulih. Platelet darah akan kembali ke paras normal secara semula jadi dalam tempoh tiga hingga empat hari selepas demam beransur baik tanpa pengambilan jus betik, sup ketam dan beberapa rawatan alternatif lain," katanya.

Dr Adeeba berpendapat, walaupun terdapat kajian ke atas jus daun betik yang dikatakan mampu merawat penyakit ini, ia hanya melibatkan sebilangan kecil pesakit dan perubahan platelet darah tidak begitu ketara.

"Kajian terlalu kecil dan saya rasakan masih kekurangan bukti saintifik untuk menyokong jus tersebut berkesan merawat penyakit demam denggi," katanya.

Tegas beliau, pesakit diingatkan untuk mendapatkan rawatan di hospital dengan segera jika terdapat tanda amaran penyakit ini.

Bagaimanapun, katanya, pengambilan jus daun betik tidak memberi kesan sampingan kepada pesakit.
Menurut Dr Adeeba, terdapat kajian terhadap vaksin yang boleh merawat penyakit tersebut baru-baru ini walaupun ia tidak mampu memulihkan pesakit sepenuhnya tetapi sekurang-kurangnya dapat melegakan penghidap penyakit itu.

"Jika ia boleh mengurangkan komplikasi, ini menunjukkan vaksin tersebut ada keberkesanannya," katanya.

Baru-baru ini, Sanofi Pasteur, syarikat multinasional yang memberi tumpuan kepada penghasilan vaksin mengumumkan vaksin denggi pertama di dunia dalam proses pengeluaran dan akan berada di pasaran pada separuh kedua 2015.

Syarikat tersebut berkata, kajian klinikal peringkat akhir kedua menunjukkan 95.5 peratus perlindungan terhadap demam denggi teruk dan pengurangan risiko kemasukan ke dalam wad sebanyak 80.3 peratus.

Kajian tersebut dijalankan meliputi lebih 31,000 peserta di 10 negara endemik di Amerika Latin dan Asia termasuk Malaysia.

Denggi adalah penyakit endemik di lebih 100 negara, mengancam hampir separuh penduduk dunia dengan seorang pesakit dimasukkan ke hospital akibat penyakit itu setiap minit.