"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Batang Ai:BN minta pengundi serah IC dan no akaun bank?

Tanda-tanda pilihanraya kecil kerusi DUN Batang Ai dicemari dengan rasuah dan sogokan wang kepada pengundi dilihat sebagai semakin menyerlah menjelang hari penamaan calon Ahad ini.

Jabatan Tanah dan Ukur dilaporkan mengutus surat kepada pengundi-pengundi Iban,  meminta mereka menyerahkan salinan kad pengenalan serta butiran akaun bank ke jabatan negeri itu.

Ketua Umum Keadilan Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan agensi itu sebagai “salah guna  kuasa yang jelas dan rasuah.”

Anwar berkata agensi berkenaan jelas melanggar segala peraturan dengan mengeluarkan surat sedemikian kepada penduduk berkenaan.

Motif kerajaan negeri pimpinan Taib Mahmud menuntut pengundi menyerahkan salinan kad pengenalan dan akaun bank tidak diketahui.
 
Namun pemerhati politik umumnya  berpendapat langkah itu bagi memudahkan penggunaan kad-kad pengenalan untuk membuang ‘undi hantu” pada pilihanraya kecil itu.

Di Damasara, sejurus pulang dari Sarawak, Anwar Ibrahim berkata jentera parti kini bersiap-sedia untuk bekerja keras menghadapi kekuatan jentera Barisan Nasional di  Batang Ai.

Pilihanraya kecil di Sarawak pada 7 April itu akan menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon PKR Daniel Jawah Jerang dan Malcolm Mussen Lamoh dari Barisan Nasional.

“Kita sedang bekerja keras untuk memenangi kerusi Batang Ai, namun harus diingat bahawa kita menghadapi tekanan kuat dari jentera dan media kerajaan,” kata Anwar.

Anwar akur Keadilan akan menghadapi pelbagai kekangan dari segi logistik dan dana berbanding sumber lumayan Barisan Nasional tetapi segala kekurangan itu menguatkan iltizam dan semangat petugas dan sukarelawan Pakatan Rakyat.  
-TVAntara.com.my-

Tiada ulasan: