"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

BN tak akan guna pembangunan “mee segera” di Bukit Gantang

Semalam Timbalan Pengerusi BN Najib Tun Razak telah pun mengisytiharkan calonnya yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Bukit Gantang yang penamaan calonnya pada 29 Mac ini. Calon BN dari Umno adalah Ismail Safian, bekas ketua Penerangan Umno bahagian.

Sekarang tinggal giliran PAS untukmengumumkan calonnya yang akan mewakili Pakatan Rakyat.

Setelah kalah dua kali berturut-turut dalam pilihan raya kecil sebelum ini iaitu di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, sudah pastilah BN mahu memastikan ia tidak kalah lagi. Lantas dalam ucapannya di Taiping tadi Najib menyatakan bahawa dalam kempen kali ini BN tidak lagi akan memunggahkan projek-projek pembangunan seperti dahulu. Kali inirakyat katanya perlu membuat keputusan, jika mahu pembangunan maka pilihan mereka adalah BN.

Memang sebelum ini jika ada sahaja pilihan raya kecil maka BN akan menabur projek-projek pembangunan ala “mee segera”. Ia bukan rasuah atau sogokkan kata mereka, ia sekadar melaksanakan program yang telah dirancang. Puluhan juta kerja-kerja pembinaan jalan-raya dan jalan kampung, baik pulih bangunan dan sekolah serta rumah ibadat, pembekalan subsidi peralatan termasuklah mesin jahit, basikal, atap zink, pakaian malah di dalam satu pilihan raya kecil di Pahang dahulu, cermin mata percuma juga diberikan kepada rakyat dari perkampungan orang asli!

Berupayakah BN mengekang nafsunya sehingga tidak bergantung pada pembangunan “mee segera” ini? Entahlah, pokoknya ikrar ini diberikan oleh bakal PM Najib sendiri. Jika berbohong beliau maka itulah jenis PM yang bakal mentadbir Negara kita ini. Mari sama-sama kita saksikan nanti.

http://n32.blogspot.com

Tiada ulasan: