"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Musuh kita adalah UMNO dan BN, bukan Sultan! Faham?

Pada saya, yang menjadi ahli PAS, dah menjadi satu kemestian untuk taat dan akur akan segala arahan pimpinan. Kepada yang bukan ahli PAS, sama ada PKR, DAP ataupun tidak berparti, hanya menghulurkan simpati, anda mesti ada benda yang tersendiri untuk berpegang.


Pimpinan PAS telah menjelaskan, musuh kita bukan Sultan, bukan institusi Raja. Akan tetapi, musuh kita adalah UMNO yang CELAKA.

Kita tidak boleh sesekali mengheret Sultan ke dalam kancah politik. Akan tetapi, kita boleh mengheret UMNO ke gelanggang politik kita.

Kerana, apa yang terjadi, jelas, memang berpunca daripada UMNO. Oleh itu, kita perlu menghapuskan puncanya barulah selesai masalah.

Secara dasarnya, perlembagaan Perak semakin huru-hara, dan banyak tafsiran atas satu-satu akta yang ada. Oleh itu, cara yang terbaik untuk hilangkan kekeliruan ini, bubarkan DUN.

Jika UMNO anak jantan, silalah berlapang dada untuk menerima keputusan pembubaran DUN.

Apa yang terjadi pada hari ini, ramai orang menyalahkan Sultan, saya minta, perkara tersebut janganlah diperbesarkan dan membuatkan orang ramai bertambah ramai untuk menyalahkan Sultan.

Apa yang terjadi pada hari ini, krisis di Perak, adalah salah UMNO dan Barisan Nasional. Itu fakta yang harus anda terangkan kepada masyarakat setempat. Dan, jangan sesekali menyalahkan Sultan.

PAS, sentiasa mengajar ahlinya supaya menasihati dirinya dan dalam masa yang sama menasihati orang lain. Kali ini, dalam kesibukan untuk PRK 059, saya berpesan pada diri saya sendiri dan juga kepada rakan-rakan bloggers dan pengunjung.

Selaku hamba Allah, jangan lupa untuk menyediakan dayung dan bahtera penyelamat, untuk mengenderainya untuk sampai ke pantai bahagia dunia dan akhirat. iaitu

1. Mengenal Allah swt dan beriman kepadaNya.
2. Beribadah kepada Allah swt dan cenderung kepadaNya.
3. Mengingati Allah swt.
4. Takut kepada Allah swt.
5. Sentiasa bermuqarabah dengan Allah swt.
6. Ikhlas kepada Allah swt.
7. Redha
8. Mengasihi Rasulullah saw.
9. Mengasihi para sahabat Rasulullah saw.

Walaupun kita sibuk dalam perencanaan harian kita, jangan dilupai untuk menyediakan dayung dan bahtera penyelamat di atas. Supaya kita, senantiasa dipandu oleh Allah swt ke jalan yang benar.

Perjuangan PAS adalah untuk Islam, oleh itu kita tidak harus untuk terputus hubungan dengan Allah swt.

Itulah membezakan PAS dengan UMNO, PAS sentiasa menghubungkan segala kerja di dunia ini dengan agama. UMNO? Jauh sekali..

Kerana golongan CELAKA ini, agama dipermainkannya apatah lagi untuk memberi keadilan kepada bangsanya sendiri.

Tak gitu UMNO CELAKA? 
http://peraknews.blogspot.com/        
Suka saya mengingatkan bahawa imuniti atau kekebalan raja-raja setakat undang2 manusia diatas dunia ini sahaja.

Tiada ulasan: