"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib : Kenyataan seorang OKU

Apabila Speaker DUN Perak, V. Sivakumar semalam berkata sidang tergempar DUN Perak akan diadakan pada 3 Mac ini, tiba-tiba Najib yang entah apa kelulusannya , berlagak seolah-olah mempunyai ‘ authority ’ lalu berkata :

"Apa apa pun kita tunggu keputusan mahkamah dulu, kita kena 'establish' dulu kerajaan Perak dari segi perlembagaan."

Yang lebih layak untuk memperkatakan hal yang berkaitan dengan undang-undang seperti itu tentulah Peguam Negara.Tetapi kenapa Najib begitu terdesak untuk membuat kenyatan sedemikian?Rakyat bukan tidak tahu yang Najib tu entah apa kelulusan akademiknya.Dia berhenti belajar tengah jalan di luar negeri untuk menggantikan tempat ayahnya sebagai wakil rakyat di Pekan. Sebab itu , latar belakang tentang pencapaian akademiknya tidak pernah ditonjolkan.

Oleh itu anggaplah sahaja kenyataan Najib berhubung sidang tergempar DUN Perak itu sekadar kenyataan daripada seorang OKU.

Ya, Najib memang seorang OKU – Orang Kuat Umno , maka apa yang dinyatakannya itu hanyalah kerana sentimen kepartian semata-mata hingga sanggup mendahului Peguam Negara.

Kenyatannya itu juga menampakan Najib tidak cerdik kerana ia menggambarkan bahawa Najib sendiri tidak begitu yakin tentang kesahihan kerajaan Umno/BN di Perak dan terpaksa menunggu keputusan Mahkamah.

Pada 13 Februari lepas bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mengemukakan permohonan bagi mendapatkan perintah pengisytiharan dari Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau masih merupakan Menteri Besar Perak yang sah.

Mohammad Nizar selaku pemohon juga menuntut perintah injuksi menghalang Menteri Besar Perak yang baru, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir daripada menjalankan tugas sebagai menteri besar serta menuntut pilihan raya diadakan semula di negeri itu.                                                                                                                                                                           
http://alhusseyn51.blogspot.com/

Tiada ulasan: