"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pak Lah Tolong Jangan Memperjudikan Nasib Rakyat, Lakukan Solat Isthiharah Sebelum Meneruskan Juga Agenda Proses Peralihan Kuasa

 Pak Lah Tolong Jangan Memperjudikan Nasib Rakyat, Lakukan Solat Isthiharah Sebelum Meneruskan Juga Agenda Proses Peralihan Kuasa

KUALA LUMPUR - Nampaknya kemelut politik yang melanda negara kini semakin berada di tahap yang paling serius. Jika tidak ada tindakan drastik diambil, maka sudah pasti dunia akan melihat Malaysia kini berada dalam satu situasi yang agak membimbangkang. Apakah dengan fenomena yang melanda ini, ia bakal menarik lebih ramai pelabur untuk datang ke Malaysia. Semua ini sebenarnya menyebabkan rakyat berada dalam kekalutan, tambahan pula bagi mereka yang berada di negeri Perak Darul Ridzuan. Kestabilan politik dan ekonomi seolah-olah semakin terhakis dan sesuatu harus dilakukan demi masa depan rakyat yang tidak berdosa. Ramai yang gusar melihat senario ini. bahkan ada yang sudah mula resah gelisah dan tertanya-tanya apakah ini imej yang mahu di tonjolkan oleh negara Islam Hadhari seperti Malaysia ini. Apakah ini tandanya "bala Allah" akibat kerakusan manusia yang cuba mengubah-ngubah agama ciptaanNya? Semua ini sebenarnya bagai ada sinambungannya. Selepas ditimpa berbagai musibah kini politik negara semakin bercelaru dan haru biru. Kerajaan dilihat telah gagal meyakinkan rakyat akibat kehilangan majoriti 2/3 di parlimen selepas pilihanraya umum ke-12 dulu. Memang sudah dijangka sejak dulu, bahawa mana-mana negara akan gagal mentadbir dengan baik sekiranya gagal memperolehi majoriti 2/3 di parlimen. Inilah yang berlaku di Malaysia hari ini. Mahu tidak mahu, benarlah kata beberapa pihak yang mahukan"Kerajaan Perpaduan" diwujudkan dengan segera. Namun, apakah pimpinan negara mahu melaksanakan harapan rakyat ini? Jika apa yang ada ini dibiarkan terus berlaku, maka kita akan melihat Malaysia terus berada di kancah kemelut politik yang lebih hebat selepas ini nanti.


Pak Lah hanya layak beri Najib jadi Presiden UMNO (kiri) tetapi
bukannnya jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia sebenarnya

Sesuatu yang amat merungsingkan rakyat sekarang ini ialah nombor dua dan nombor satu. Rakyat takut pemimpin nombor satu negara iaitu Perdana Menteri Pak Lah Badawi meneruskan proses peralihan kuasa kepada pimimpin nombor dua iatu Timbalan Perdana Menteri Najib Razak hujung bulan ini. Kegusaran itu jelas terbayang di mana-mana. Bahkan orang bukan lagi membicarakan ketokohan serta kewibaaan"Allahyarham Tun Abdul Razak" dulu. Kini mereka jelas membicarakan kezaliman, keganasan dan kebobrokan anak bekas PM itu iaitu "Najib Tun Razak". Bagai langit dengan bumi imej yang ditonjolkan oleh kedua-dua pemimpin anak beranak itu. Najib dilihat telah mencemarkan imeh arwah ayahandanya itu. Maka itulah ramai yang melihat, Najib tidak sesuai untuk menjadi pemimpin nombor satu negara lantaran berbagai skandal yang dihadapinya sekarang ini. Jika orang seperti Najib dibiarkan berkuasa, maka kita takut akan wujud seorang lagi"Kamal Altartuk" di rantau ini pula. Demi kuasa, apa sahaja boleh berlaku sekarang ini, dari rasuah, pembunuhan, ugutan dan sebagainya. Maka itulah, rakyat amat takut berhadapan dengan hari esok jika apa yang diperkatakan "peralihan kuasa" itu menjadi juga akhirnya. Justeru itulah juga, ramai pihak kini mengharap agar Pak Lah meneruskan pemerintahannya dan tidak menyerahkan kuasa Perdana Menteri kepada Najib Razak. Cukuplah Najib dihadiahkan gelaran "Presiden UMNO"untuk menjaga parti Melayu itu daripada menjadi Perdana Menteri Malaysia. Apapun, segalanya bakal terjawab tatkala perhimpunan Agong UMNO dijalankan tidak lama lagi. Apa yang boleh kita lalukan hanya tunggu dan lihat apa yang akan berlaku selepas ini agaknya.

[Semoga Pak Lah Badawi dapat berfikir semasak-masaknya tentang perancangan awal peralihan kuasa antara beliau dengan timbalannya itu. Demi masa depan rakyat, Pak Lah perlu membuat "solat isthiharah" bagi menzahirkan apakah keputusan beliau itu tepat atau sebaliknya. Nasib rakyat tidak harus diperjudikan hanya kerana politik semata-mata. Rakyat Malaysia sebenar akan terus menanggung malu yang teramat sangat bila seorang Perdana Menteri dilantik dari kalangan mereka yang diragui personalitinya, terlibat dengan berbagai skandal dan dikutuk oleh masyarakat antarabangsa. Kita takut, andainya kesilapan ini berlaku, maka tidak ada lagi pelabur yang berani datang ke Malaysia selepas ini. Mungkin kerana mereka melihat campur tangan kerajaan yang maha dasyat dalam bidang kehakiman, keselamatan dan sebagainya sejak akhir-akhir ini].

Tiada ulasan: