"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemilihan UMNO 24 Mac Batal ?


   

Pemilihan Umno 24 Mac ini kemungkinan besar akan dibatalkan berikutan terlalu banyak kes salah laku berhubung gejala rasuah politik wang yang tidak mampu lagi ditangani oleh pucuk pimpinan Umno.

Lembaga Disiplin yang bermesyuarat hari dijangka akan mengumumkan nama beberapa calon yang bakal bertanding bagi jawatan tinggi parti yang akan digantung berikutan siasatan politik wang terhadap mereka.

Ini bermakna mereka tidak akan berpeluang bertanding sekali gus menidakkan impian mereka untuk menggapai kedudukan tinggi dalam parti.

Sumber parti menyebut keputusan membatalkan pemilihan parti juga ada kena mengena dengan pertembungan kuasa antara Presiden, Abdullah Ahmad Badawi dan Presiden menanti, Najib Razak yang bakal dinobatkan sebagai kepala baru parti berusia 63 tahun itu.

Abdullah dikatakan didesak supaya tidak mengundurkan diri 24 Mac ini dan terus menerajui Umno dan kerajaan sebagai Perdana Menteri manakala timbalan beliau yang bercita-cita menjadi penggantinya disaluti oleh pelbagai dakwaan dan tuduhan rasuah termasuk kes pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Shaariibuu mungkin tergelincir sekiranya dakwaan terhadap beliau dapat dibuktikan.

Pergelutan kuasa Abdullah-Najib dilihat semakin rancak dan sengit tatkala seluruh negara berdebar-debar menanti hari-hari menjelang 24 Mac depan.

Ini termasuk pendakwaan terhadap beberapa calon yang mempunyai aspirasi jawatan tinggi parti termasuk yang terbaru calon anggota Majlis Tertinggi,Norza Zakaria yang dihadapkan ke mahkamah baru-baru ini atas dakwaan rasuah politik.

Malah dikatakan dua calon Timbalan Presiden, Mohd Ali Rustam dan Muhammad Muhd Taib bakal menerima hukum dari Lembaga Disiplin sekiranya laporan media  mereka disiasat nyata benar.

Sekiranya Abdullah mampu membatalkan pemilihan Umno tahun ini dengan manipulasi halus Lembaga Disiplin bawah kawalannya, nasib Najib dalam dunia politik akan berakhir dengan penuh kekecewaan bagi anak Perdana Menteri kedua itu.

Waktu satu hari dikatakan terlalu lama dalam politik apatah lagi seminggu. Seminggu yang meresahkan ini akan menentukan jatuh bangun, hidup mati ramai pemimpin dalam Umno terutamanya yang bercita-cita tinggi tapi diselaputi oleh rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa.

-TVAntara.com.my-

Tiada ulasan: