|
Makanya ia menjadi sangat istimewa dan sangat penting.
Ia juga menjadi sangat istimewa dan penting kerana ia terjadi ketika krisis antara Pakatan Rakyat, BN dan pihak Istana Perak dalam menentukan siapakah Menteri Besar Perak yang sah antara Nizar Jamaluddin dengan Zambry Ab Kadir, masih belum menemui penyelesaiannya. Jadi bertambah menarik lagi di Bukit Gantang ialah kerana Nizar sendiri menjadi calon Pakatan, menentang calon BN.
Dilihat dari banyak sudut, ramai orang membuat jangkaan Pakatan akan menang di tiga kawasan berkenaan, terutama di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, kecualilah kalau pihak BNberjaya melakukan sesuatu di luar duga, yang boleh memenangkan calon mereka. Apakah sesuatu yang di luar duga itu, tidaklah pula kita tahu.
Mood rakyat diperhatikan rata-rata mahukan perubahan. Bukan sahaja di kalangan penyokong Pakatan tetapi juga ahli-ahli Umno sendiri.
Buktinya, apa yang berlaku di perhimpunan agung Umno inggu lalu. Para pemimpin Umno sendiri, termasuk Perdana Menteri yang akan berundur dari kerusi Presiden untuk diambil alih timbalannya, bercakap mengenai perlunya perubahan.
Umno dan BN sendiri pun sedar mereka perlu berubah sekiranya mereka mahu melihat parti mereka terus bertahan. Itulah angin yang bertiup kencang di seluruh negara � angin perubahan. Dan angin perubahan itu berlaku dalam banyak perkara, yang kalau kita analisis secara halusi, Umno-BN tak mungkin dapat ikut bersama dengannya.
Ertinya, mereka tak akan mampu dan tak akan boleh berubah sepertimana dikehendaki angin perubahan yang sedang bertiup kencang di kalangan rakyat. Dan kalau mereka tak boleh dan tak mampu, ertinya mereka akan terpaksa menerima hakikat bahawa parti mereka dalam proses menuju kepada kekalahan dan kejatuhan.
Memang mereka tak mampu untuk berubah bersama dengan angin perubahan di kalangan rakyat. Banyak sekali tanda dan isyarat yang menunjukkan hal berkenaan. Himpunan 100 ribu rakyat membawa memorandum mansuh PPSMI kepada Yang diPertuan Agong, itu adalah angin perubahan, dan itu dihalang oleh alat kuasa mereka - FRU.
Angin perubahan itu turut mengheret para cendekiawan dan budayawan ke jalan raya, dalam jumlah yang besar. Tetapi Umno-BN gagal memahami isyarat perubahan itu. Menjelang hari penamaan calon di Bukit Selambau, kira-kira 10,000 rakyat yang mahukan perubahan berkumpuluntuk mendengar ceramah Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim, di Sungai Petani. Sekali lagi Umno-BN menghantar alat kuasa mereka (FRU) menyembur gas dan air asid bagi menghalang kemaraan rakyat.
Krisis Menteri Besar Perak itu - kenapa Umno-BN tidak mahu kembali kepada rakyat? Kenapa mereka menggunakan segala alat kuasa mereka untuk menyingkirkan MB yang dipilih rakyat? Sehinggakan berlaku perkara yang tak pernah berlaku dalam sejarah pentadbiran negara-negara moden di dunia, iaitu Sidang Dun berlangsung di bawah pokok!
Semua itu jelas menunjukkan Umno-BN tidak mahu berubah bersama rakyat. Mereka malah tidak faham pun apa perubahan yang dimaksudkan rakyat. Rakyat bercakap 'bahasa' lain, mereka bercakap 'bahasa' lain. Malah secara literal pun mereka sudah sampai ke peringkat tidak percaya kepada keupayaan bahasa ibunda sendiri untuk digunakan dalam keperluan kehidupan moden.
(Dalam teater, hal ini kita istilahkan sebagai 'absurd' - suatu tahap pemikiran dan sikap yang kacau dan kehilangan tujuan hidup sebenar. Inilah Umno-BN sekarang. Absurd. Kalau manusia, ini tahap yang dalam proses menuju kepada 'gila'.)
Kes pembunuhan wanita Mongolia itu. Kenapa ia boleh sampai ke tahap hendak menyebut nama wanita itu pun dilarang, dengan berselindung di sebalik Akta Hasutan(?). Ini satu perkara yang absurd. Kenapa sampai terjadi demikian? Kerana mereka sudah kacau dan kehilangan tujuan sebenar.
Terlalu banyak kesalahan yang mereka lakukan kepada rakyat yang selama ini memberikan kepercayaan kepada mereka. Sekarang mereka sendiri kehilangan tujuan. Bercakap hendak lakukan perubahan, hendak membela rakyat dan sebagainya. Itu semua cakap-cakap yang tak serupa bikin.
Sasterawan Negara A Samad Said pun berpendapat demikian, sehingga dia melahirkan istilah 'catakserukin' (cakap tak serupa bikin) dalam puisi terbarunya yang dibacakan di Markas PAS di Taman Melewar, Kuala Lumpur.
Lalu, oleh kerana itu apakah kita pasti akan menang di Bukit Gantang, Bukit Selambau danBatang Ai? Tidak semestinya. Seperti saya katakan di atas tadi, Umno-BN boleh lakukan sesuatu di luar duga untuk memenangkan calon-calon mereka, 7 April ini.
Kita jangan memandang rendah kemampuan orang-orang yang sedang mengalami proses ke arah kehancuran. Mereka boleh melakukan apa saja, yang mungkin di luar dugaan kita, bagi mempertahankan kuasa mereka.
Ya, memang mereka dalam situasi yang absurd, kacau dan kehilangan tujuan sebenar. Ya, memang mereka dalam proses menuju kehancuran. Tetapi sementara tibanya saat yang mengerikan mereka itu, mereka akan menggunakan peluang yang masih ada ini untuk mempertahankan kuasa mereka.
Maka pimpinan Pakatan perlulah lebih berwaspada dalam mengatur kerja berkempen dan menyusun strategi bagi mengelakkan penipuan dan penyelewengan dalam proses mengundi dan mengira undi.
Suasana pilihan raya kali ini berbeza daripada yang lepas-lepas. Perdana Menteri yang mengetuai pimpinan Umno-BN kali ini pun berbeza. Mungkin ada 'kepintaran' baru di pihak mereka, yang memerlukan pihak Pakatan lebih berwaspada dan berhati-hati.
Semoga Allah memberi 'petunjuk'-Nya kepada kita, agar kita selamat mencapai kemenangan. Ameen!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan