Saya menerima talipon dari Ajijoi yang berada di balai polis simpang sebelum mengerjakan solat maghrib tadi. dia memaklumkan laporan sedang dibuat oleh bapa dan mangsa londeh di balai polis tersebut.Hairannya calon BN memang tidak ada kerja dan dia berada di balai polis tersebut dalam mengendalikan kes tersebut. Mungkin dia sudah mengelabah dan rasa tidak percaya lagi kepada agennya sendiri sehingga dia sendiri ke balai petang ini.
Cerita yang dapat disampaikan oleh Ajijoi setakat ini ialah Serikandi PKR itu mengedarkan risalah dan melalui satu pos BN di Simpang, lalu ada seorang petugas lelaki yang menariknya masuk ke dalam pos dan berlakulah cubaan untuk melondehkan seluar itu.
Kebetulan seriakndi itu adalah anak tempatan, bapa dan penyokong gadis itu datang dan berlaku kekecohan sehingga membawa kepada laporan polis .
Dipercayai setakat ini seramai 5 orang yang disyaki terlibat dengan perkara tidak bermoral itu.
Apa tujuan Ismail Safian berada di sana sama-sama lah kita dengar esok hari dengan rakyat Bukit Gantang akan menolaknya dan Ir. Nizar akan memang dengan majoriti lebih besar, Insya Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan