"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pakatan Rakyat cadang mengadap Sultan Perak

Ekmal Yusoff 
KUALA KANGSAR 21, April (Hrkh)
 - Pakatan Rakyat berhasrat untuk mengadap dan berbincang dengan Sultan Perak Raja Azlan Shah berhubung kemelut politik negeri ini sejak rampasan kuasa oleh Umno-BN lalu yang telah banyak menyusahkan rakyat.

Exco Kerajaan Perak, Mohd. Zainuddin Mohd. Yusof menyatakan hasrat dan usaha gigih Pakatan Rakyat untuk mententeramkan keadaan suasana politik negeri itu selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Sayong Lembah dekat sini semalam.

"Sejak kejadian tersebut sehingga kini rakyat merasa resah dan kedudukan pendirian yang tidak menentu melihatkan keadaan politik Perak kini kucar-kacir dengan bertambahnya dua orang Menteri Besar itu, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Dato' Seri Zambery Abdul kadir (BN)," tegasnya.

Katanya, Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk mengadap Sultan Perak di Istana Iskandariah dalam masa terdekat untuk menyampaikan hasrat dari keseluruhan rakyat pelbgai bangsa untuk mengubarkan DUN sekaligus mengadakan pilihan raya seluruh negeri untuk memuaskan hati kehendak rakyat.

"Biar rakyat yang menentukan siapa yang akan memerintah negeri Perak. Beri kebebasan untuk rakyat memilih!,"tegas Zainuddin.

Sehubungan itu, beliau menyatakan bahawa pimpimnan Pakatan Rakyat masih kekal mengeratkan silatulrahim dan tidak menaruh prasangka terhadap Sultan.

"Sebagai bukti betapa baiknya kami dengan Sultan apabila baginda sendiri telah mengundang kesemua kami menghadiri ke majlis Istiadat Penyampaian Anugerah Pingat dan upacara rasmi di Istana Iskandariah yang berlangsung sempena Hari Keputeraan Baginda ke-81 di Bukit Chandan baru-baru ini," katanya.

Sebelum itu disebelah paginya Zainuddin telah merasmikan majlis Sambutan Maulidur Rasul Anjuran PAS Cawangan Kampung Cheh di Suraunya dekat sini dengan diraikan oleh 100 murid-murid lelaki dan perempuan pra-sekolah yang mengambil bahagian dalam bacaan al-Quran, nyanyian nasyid serta syarahan-syarahan di majlis tahunan itu.

Tiada ulasan: