"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Siapa Di Belakang Cubaan Murtadkan Nenek Tiri Obama?


Tidak jelas apa agama Presiden AS ini..



BY Drs Rosdi Deraman

MAMA Sarah (87), adalah nenek tiri Barack Obama, Presiden Amerika Syarikat sekarang. Beliau adalah seorang Muslimah sejati dari Kenya, negara asal ayah Obama. Tetapi baru-baru ini se buah gereja Kenya dilaporkan telah cuba mempengaruhi dan membawa nenek ini supaya bertukar agama dari Islam kepada agama Kristian.

Namun percubaan itu telah mencetuskan kemarahan masyarakat Islam di Kenya. Masyarakat Islam mendesak pemerintah menghalangi usaha tersebut, kerana gereja Seventh Day Adventist di kota Kisumu di barat Kenya dilaporkan menjadi dalangnya. Dalam sebuah acara besar-besaran anjuran gereja tersebut Sabtu lalu, Sarah, yang memang seorang Muslim sejati merasa terkejut dan menolak acara tersebut. “Ketika saya mendengar ada rancangan menjadikan saya penganut Kristian, saya tetap menolak!” katanya dikutip dari The Standard.

Sarah menjadi terkenal sejak cucunya menjadi Presiden Amerika pada November 2006. Sarah pernah ditunjuk terus oleh Kesatuan Afrika supaya menjadi dutanya dalam memerangi lalat tsetse. Lalat tsetse yang boleh menyebabkan penyakit tidur dan menyebarkan infeksi pada ternakan. Kini Majlis Ulama dan Imam Kenya yang mewakili umat Islam di negara berpenduduk 32 juta jiwa itu, mengecam rancangan pemurtadan tersebut. Setiausahanya Syeikh Mohamed Khalifa, seperti dikutip dari berita AFP, menggambarkan usaha tersebut sebagai suatu bentuk provokasi.

“Saya merasa kesal dengan usaha yang dilakukan oleh pihak gereja memaksa Mama Sarah tukar agama.” Dedah Syeikh Khalifa. “Mengapa hanya dia? Mengapa hal itu tidak dilakukan sebelum Obama menjadi presiden? Apakah mereka ada melihatnya sebelum cucunya menjadi presiden? Kami tetap siapsedia untuk melindungi agama kami!” Jelas Syeikh Khalifa dengan tegas.

“Pada saya, hal ini menjadi bukti bahawa peranan Obama sebagai Presiden AS telah digunakan oleh kalangan-kalangan tertentu untuk menyerang dan melenyapkan Islam dari dianuti oleh penduduk dunia dan umatnya, hatta di dalam negara umat Islam itu sendiri!” Demikian pandangan Dr Hj Mohd Hasyim selaku Presiden Grup Universiti Ulu Klang, Kuala Lumpur yang di hubungi sebelum sholat Jumaat pagi tadi. (RD)

Drs Rosdi Deraman (kanan) sedang bermesra bersama rakyat. Tahniah kepada beliau (penulis artikel ini) yang baru-baru ini dipilih sebagai YDP PAS Kawasan Tanjung Karang, Selangor.

Tiada ulasan: