Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mengambil inisiatif untuk mengadakan pertemuan dengan bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan parti komponen BN untuk menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. Husam berkata, pertemuan itu atas kapasiti peribadi, bukan atas parti. "Dalam (mesyuarat) lajnah politik, kita sudah bersetuju, kita boleh konteks semua orang secara peribadi bukan atas dasar kapasiti parti. "Tapi kalau dia nak datang atas kapasiti parti, kena dapat mandat parti dia lah," katanya dalam satu sidang media di ibu negara, petang ini. "Kita mesti bersama untuk menubuhkan satu barisan untuk mendesak pembubaran DUN Perak," katanya. Kemelut politik di Perak yang berlanjutan sejak Februari lalu, telah mendapat reaksi daripada beberapa pemimpin parti komponen Barisan Nasional antaranya dari MCA dan Gerakan yang mahukan DUN Perak dibubarkan. Tengku Razaleigh adalah antara pemimpin Umno yang mahukan pembubaran DUN Perak untuk menyelesaikan kemelut tersebut. Jumpa Ku Li petang ini Lajnah Politik PAS, tambah Husam, bersetuju diadakan usaha menyatukan semua pihak yang mahukan pembubaran DUN Perak sebagai jalan penyelesaian kemelut politik di negeri tersebut. Ditanya sama ada pemimpin Pakatan Rakyat yang lain telah dimaklumkan mengenai hasrat tersebut, Husam berkata: "Pemimpin Pakatan telah dimaklumkan. Tetapi masa perundingan itu berlaku, saya terpaksa pulang tergesa-gesa ke Kota Bharu, saya belum tahu apa maklumat dalam perbincangan tersebut. "Tetapi saya rasa pada umumnya ia tidak ada halangan," katanya. Selain bekas presiden parti Semangat 46 itu, tambah Husam, beliau juga akan bertemu dengan Timbalan MCA, Dr Chua Soi Lek, dan pemimpin Gerakan yang turut mendesak agar DUN Perak dibubarkan. Husam telah menemui Tengku Razaleigh petang tadi, dan akan menemui Dr Chua esok atau pada hari Isnin Ketika ditemui di kediaman Tengku Razaleigh selepas pertemuan mereka, Husam yang juga exco Kelantan, menyifatannya sebagai "positif". Tengku Razaleigh dijangka mengeluarkan kenyataannya berhubung perkara tersebut, kata Husam. -malaysiakini- |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Husam Jumpa Ku Li
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan