"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Besok,Zambry Abdul Kadir diputuskan sebagai MB Perak

Mohd Sayuti Omar

KETIKA hadir pada perhimpunan ringkas anjuran AMK di Petaling Jaya malam tadi saya didatangi dua penjenguk blog saya. Mereka mengakui mereka adalah penjenguk setia blog Merah Tinta. Katanya walaupun mereka tidak semua setuju dengan gaya dan pandangan saya, tetapi blog saya menjadi kemestian buatnya. Terima kasih.

Mereka bertanyakan saya beberapa topik dan isu semasa. Biasalah kalau berjumpa dengan penjenguk blog dan peminat politik dengan penulis/bloger kecil macam saya, maka hal politiklah yang akan ditanya.

Takkan mereka nak tanya soal kerbau atau lembu! Hal kambing adalah sikit-sikit tetapi sudah tidak berapa menarik dah sekarang ni. Khabarnya kira-kira 2,700 ekor kambing di Rong Chenak yang diusahakan oleh Akademi Keluarga Bahagia dengan bantuan bersembunyi kerajaan negeri telah bertukar menjadi jagung. Ajaib!

"Saya nak tanya abang mengenai keputusan mahkamah lusa, (mengenai kedudukan MB Perak), apa abang fikir?' tanya yang seorang itu.

"Saya rasa tak lepas?" jawab saya. Di wajahnya ada sedikit calar kedukaan bila saya berkata begitu. Tetapi dia kemudian mengakui. Mungkin sebagai menghormati saya. Kenapa saya kata tidak lepas, maksudnya ia tidak akan berpihak kepada Nizar Jamaluddin sebabnya, mudah saja, bukankah peristiwa rampas kuasa itu diterima sesetengah pihak sebagai satu konspirasi. Satu kejadian yang diaturkan demudian rupa.

Kalau ianya sudah diaturkan demudian rupa, di mana istana pun dikatakan turut terlibat sama, sampai Sultan Azlan Shah pun dimaki hamun takkanlah mahkamah akan lepas begitu saja. Kata orang alang-alang berdakwat biarlah hitam. "Atas dasar dan latar belakang itu saya kira mahkamah tidak akan berpihak kepada Nizar Jamaluddin," tekan saya.

Bagaimana pun boleh jadi juga mahkamah rayuan akan memutuskan bahawa Nizar masih MB sah tetapi itu bersifat sementara saja. Seperti mana berlaku sebelum ini Mahkamah Tingggi Kuasa-Kuasa Khas telah pun membuat keputusan bahawa Nizar adalah MB. Tetapi apa jadi selepas 48 jam kemudian keputusan berubah pula kepada Zambry Abdul Kadir diputuskan sebagai MB Perak.

"Saya rasa keadaan itu akan berlaku kalau keputusan esok kontras dengan pandangan saya. Itu pun kalau ada ruang, tetapi naluri saya tetap mengatakan mahkamah rayuan esok akan memutuskan mengekalkan kedudukan Zambry sebagai MB," ujar saya. Kedua mereka hanya mengangguk saja. Walaupun mereka cuba hendak mengemukakan pendapat balasa kerana kurang selesa dengan padangan itu, tetapi mereka diam.

Saya mengatakan apa yang rasa fikirkan dan saya tidak terikut dengan sentimen mana-mana pihak dan kumpulan. Saya tidak berpihak kepada Nizar dan tidak berpihak kepada Zambry. Apa yang saya inginkan dan semua orang juga begitu ialah kebenaran dan keadilan. Kita menyokong keadilan dan mempertahankan orang yang dizalimi bukan menegakkan kepalsuan dan bersekongkol dengan penzalim.

"Jadi keputusan esok tidak akan memihak kepada Nizar, bang?" soalnya lagi mahukan kepastian. Iya, saya tetap menggeleng, saya tidak fikir mahkamah rayuan meskipun tidak mengabikan prinsip keadilan tetapi bersedia untuk menjadikan politik Perak macam tempoyak dilenyek dalam budu. Tidak.

Itu hanya pandangan dan pendapat saya yang tidak semestinya betul dan disokong. Tunggulah esok (Selasa) mahkamah rayuan akan membuat keputusan. Cuma apa menjadi harapan setelah mahkamah membuat keputusan semua pihak hendaklah menerima dengan tenang dan redha jangan ada macam-macam lagi.

Politik Perak dan rakyat negeri berkenaan perlu diamankan. Orang politik jangan meletakan rakyat negeri itu atas buai politik selama-lama untuk menidurkan rakyat membolehkan mereka terus bermaharajalela dengan kuasa. Mana-mana pihak yang kalah besok hormatilah kepada pihak yang dimenangkan mahkamah.

Tetapi soalnya bolehkah begitu? Tidak mungkin kerana politik itu sentiasa berperang dan perang itu adalah hobi orang politik sejak zaman berzaman lagi!
[wm.kl. 11:40 am 08/02/10]

http://msomelayu.blogspot.com/

Tiada ulasan: