"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tsunami Setinggi 8 Kaki, Hawaii Terselamat

28 FEBRUARI: Hawaii berjaya mengelakkan kerosakan serius apabila Tsunami yang dicetuskan oleh gempa bumi di Chile sekadar menghempas pantai tanpa meninggalkan apa-apa kesan kemusnahan.

Warga Hawaii diberi amaran supaya menghindarkan diri dari kawasan pesisir kerana laut dibimbangi dalam keadaan tidak stabil untuk beberapa jam.

Tsunami dikesan menuju Hawaii awal pagi ini, mendesak kerajaan tempatan membunyikan siren amaran dan memindahkan penduduk berhampiran pantai. Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata gelombang kali ini adalah setinggi 8 kaki.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata amaran tsunami telah diangkat, namun kawasan pesisir pantai masih terdedah kepada bahaya perubahan paras air laut atau arus kuat.
-tvselangor-

Tiada ulasan: