Penarik Beca
Dalam posting bertajuk "Hentikan mainan api perkauman demi pencapaian...", Pengerusi Biro Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan MCA, Datuk Tee Lian Ker menulis:
Bagi MCA, kenyataan Ibrahim itu merupakan cerminan kukuh bahawa masih ada segelintir kumpulan-kumpulan berkepentingan tertentu di luar sana yang masih mengamalkan mentality zero-sum serta tidak mahu melihat kejayaan kontraktor dari kaum lain.
Kenyataan tersebut yang dilihat menggambarkan bahawa kebanyakan syarikat-syarikat korporat Cina di negara ini sebagai tidak tahu mengenang budi adalah tidak berasas dan hanyalah merupakan tuduhan yang didorong oleh perasaan emosi.Adakah kemarahan kepada kontraktor-kontraktor Cina yang "tidak tahu berterima kasih" itu hakikatnya adalah petanda tak cukup lambakan rasuah kepada parti perasuah dan bajingan-bajingan tengiknya? Kalau Altantuya Shaariibuu masih hidup, barangkali wanita yang diletupkan mayatnya dengan C4 itu boleh memberikan jawapannya.Woi tauke! Lu olang kasi dia makan kenyang-kenyang la! Kita mesti perpaduang!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan