"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MCA mati jika undang UMNO

Afrar Yunus

MCA parti kaum peniaga di Malaysia nampaknya memilih untuk 'gostan' berbanding kehadapan.Tidak dapat dipastikan, samada Ong Ka Ting bekas Presidennya samada secara sengaja mahu membakar MCA atau ada udang disebalik batu.

Bukanlah bermakna kemelut MCA yang digores dan meletus berkali-kali dek sikap Ong Tee Keat tidak boleh diselesaikan oleh MCA. Kumpulan Chua Soi Lek sedia berentap dan biarlah ada pertandingan secara 'kejantanan'.

Tindakan Ka Ting dilihat sebagai memenuhi desakan pemimpin UMNO yang mahu menggertak kepimpinan MCA sekarang samada selesaikan masalah dalaman dengan segera atau melihat kuda tua Ong Ka Ting dikembalikan demi satu penyelesaian yang saya kira hanya akan berlaku untuk sementara waktu.

Apapun MCA parti kaum Tiong Hua dikira sudah matang. Ia tidak memerlukan campur tangan UMNO yang terpalit dengan tahi anti-demokrasi.

Dari Presiden UMNO sampailah keperingkat ketua cawangan, tiada yang boleh dijadikan contoh atau ikutan.

Anti demokrasi, pelakon bangsa, rasuah, arak, betina, perogol, pembunuh, kronisma, pengkhianat, pengkikis khazanah negara dan segala aib kelihatan ada pada UMNO.

Lebih baik MCA dari UMNO dalam merealisasikan demokrasi mereka.

Menjemput UMNO ibarat dedalu api hinggap ke pohon kayu, hinggap ke MCA - MCA akan mati, hinggap ke MIC - MIC akan pecah.

http://alkerohi.blogspot.com/

Tiada ulasan: