"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemuda Masjid fail kes larang guna nama Sisters In Islam

KUALA LUMPUR, 22 Mac: Dewan Pemuda Masjid Malaysia memfailkan permohonan meminta Mahkamah Tinggi melarang SIS Forum (Malaysia) daripada menggunakan nama dan identiti Sisters In Islam (SIS) dalam pertubuhan itu.

Permohonan difailkan hari ini.

Jumaat lalu, Dewan Pemuda Masjid Malaysia berkata ia akan memfailkan saman terhadap SIS bagi mendapatkan perintah mahkamah melarang pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menggunakan nama tersebut.

Saman pemula tersebut difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, Jalan Duta di sini.

Ia mengemukakan saman tersebut kerana mendakwa pertubuhan berkenaan menggunakan nama Sisters In Islam secara salah dan melanggar undang-undang.

-malaysianinsider-

Tiada ulasan: