"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Warga emas PP dapat RM100 melalui pos

Bagi memastikan rakyat Pulau Pinang yang berusia 60 tahun ke atas, tidak bersusah-payah berkunjung ke pusat khidmat Adun untuk mendapatkan sumbangan wang RM100 menerusi projek Warga Emas, wang berkenaan akan dikirimkan terus ke alamat penerimanya.

penang pakatan govt second anniversary forum 100310 guan eng speechMenurut Ketua Menteri, Lim Guan Eng, wang itu akan dikirimkan selepas pelancaran program penghargaan Warga Emas yang bakal dilancarkan di kompleks Masyarakat Penyayang, Ahad ini.

Dalam satu kenyataan medianya, Lim berkata, kerajaan negeri Pakatan Rakyat sentiasa berusaha mendengar suara rakyat, bekerja untuk rakyat dan memberi harapan baru kepada semua.

“Julung kali dalam sejarah Pulau Pinang, warga emas yang berusia 60 tahun ke atas yang bermastautin di Pulau Pinang diberi penghargaan wang tunai sebanyak RM100 setahun.

“Ia adalah hadiah simbolik kerajaan negeri kepada semua warga emas atas sumbangan dan usaha mereka yang membolehkan Pulau Pinang mengecapi kejayaan hari ini, baik dari segi sosio-ekonomi mahupun dalam aspek perpaduan dan harmoni masyarakat majmuk,” katanya.

Lim berkata kerajaan negerinya mampu berbuat demikian berdasarkan amalan belanjawan berhemah, jimat-cermat, urus tadbir baik melalui CAT (Cekap, Akauntabel, Telus) yang berpaksikan 'amar maa'ruf nahi mungkar'.

penang pakatan govt second anniversary forum 100310 pg pakatan celebration crowd 02“Urus tadbir CAT mendapat pengiktirafan oleh badan antarabangsa anti rasuah terunggul,Transparency International, yang buat kali pertamanya memuji sebuah kerajaan negeri di Malaysia.

“Laporan Ketua Audit Negara juga memuji kejayaan kerajaan negeri yang menukarkan anggaran defisit Belanjawan 2008 sebanyak RM35 juta kepada rekod lebihan RM88 juta dan anggaran defisit Belanjawan 2009 sebanyak RM40 juta kepada lebihan RM77 juta,” katanya lagi.

Walau bagaimanapun menurut Lim, pihaknya berasa kesal pihak lawan politiknya cuba mensabotaj program Warga Emas dengan menuduh pemberian wang RM100 kepada golongan berusia sebagai tindakan rasuah.

pas youth flood help 261206 salahuddin with old folks“Kami akan meneruskan program ini dan kami bersedia untuk menghadapi sebarang siasatan atau tindakan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM),” kata Lim.

Beliau berkata penghargaan wang tunai itu merupakan kesinambungan kerajaan Pakatan Rakyat yang telah pun berjaya membasmi miskin tegar di Pulau Pinang.

Pulau Pinang, kata Lim, juga berbangga kerana berjaya memberikan rebet air RM100 kepada hampir 170,000 keluarga susah dan mampu menyumbang beras percuma sepanjang tahun 2008 dan 2009 kepada golongan berkenaan.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: