"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Malaysia syurga pendatang.

shahil
Malaysia syurga pendatang...Inilah perkataan yang paling tepat bagi negara kita Malaysia sekarang. Apa tidaknya. Di mana-mana ceruk rantau Malaysia pasti ada pendatang samada dengan izin ataupun tanpa izin.

Jika dizaman tahun tujuh puluhan dahulu, pendatang yang paling popular ialah pendatang haram Vietnam. Mereka digelar pelarian Vietnam yang melarikan diri dari perang Vietnam antara Vietnam Selatan dan Vietkong Utara. Dan Pulau Bidonglah syurga mereka.

Namun sekarang pendatang bukan lagi dari Vietnam tetapi dari berbagai negara. Bermula dari Indonesia dengan alasan sebagai tenaga kerja, timbullah istilah TKI. Kemudian datang pula dari Bangladesh, yang disebut mat Bangla. Dan sekarang berlambak pula dari Afrika, yang disebut mat Afrika.

Kalau pendatang haram tanpa izin dari Indonesia, mereka sangat mudah masuk ke Malaysia hanya dengan bot nelayan. Mulakan sahaja perjalanan dari Indonesia, dan mendarat sahajalah di mana-mana pantai pasti dengan mudah masuk ke Malaysia ini. Ini tidaklah menjadi persoalan kerana biasa saja jawabannya iaitu "manalah TLDM mampu mengawal perairan negara yang bergitu luas".

Namun yang menjadi bahan ketawa ialah, majority mat Afrika yang ditangkap didapati menggunakan pasport palsu. Pelik bin ajaib, pasport palsu boleh menembusi sistem pemeriksaan komputer Jabatan Imigresen? Mengapa ya? Agaknya sistem komputer Jabatan Imigresen Malaysia hanya boleh mengesan pasport dari Semenanjung ke Sabah, Sabah ke Semenanjung sahajakah? Atau agaknya apabila "pasport-pasport" mat Arika itu sebaik mereka tiba, dicop seperti tukang cop setem di pejabat Pos sahajakah? Atau tidak dicop langsung? Atau mat Afrika masuk ke Malaysia seperti pendatang dari Indonesia?

Amatlah malang bagi Malaysia...

Singapura dan Indonesia dengan tegas menolak pelarian Vietnam zaman tahun tujuh puluhan. Mereka dengan tegas menghalau mereka keluar dari perairan negara jika di dapati ada pendatang asing. Mereka tidak peduli samada pendatang itu hidup atau mati di laut, yang penting negara mereka tidak dipenuhi orang yang tidak diingini itu. Pastinya pemimpin mereka sangat peka kepada masalah yang pasti akan timbul kelak akibat kebanjiran mereka.

Sekarang tidak keterlaluan dikatakan nasi telah menjadi bubur. Kerana takutkan dunia mengatakan Malaysia tidak berperikemanusiaan, Malaysia telahpun menjadi bubur. Rakyat malaysia seperti nasi yang dimasuki pasir pendatang tanpa izin, lalu menjadi bubur pasir.

Kita berkoar-koar di serata dunia melaungkan Malaysia sebuah negara yang aman. Ya memang aman...Orang Malaysia tidak meiliki pistol. Sesiapa yang memiliki pistol jawabnya tali gantung. Tidak seperti sesetengah negara lain, pistol boleh dibeli. Lalu nyawa manusia sangat rendah nilainya. Maka ini antara satu sebab mengapa pendatang tanpa izin merasakan tidak apa-apa memasuki Malaysia. Mengapa tidak? Kalau masuk ke Indonesia jawabnya buluh runcing menanti. Aman, Malaysia memang aman bagi sesiapa juga.

Sekarang rakyat tempatan ketakutan untuk merayakan Hari Kebangsaan Malaysia di Kuala Lumpur. Apa tidaknya? Ketika cuti umum Kuala Lumpur dipenuhi oleh pendatang asing. Hinggakah peniaga juga ketakutan dan menutup perniagaan mereka. Rasanya kalaulah pendatang asing itu sepakat, habis satu Kuala Lumpur digasaknya. Dan terpaksalah askar Malaysia berperang dengan pendatang asing itu. Ha ha...negara lain askar berperang dengan askar negara lain, askar Malaysia berperang dengan pendaang asing. Inilah yang akan berlaku jika andaian ini diambil kira.

Dilaporkan dalam media elektronik, mat Afrika ini sudah berani merogol. Ibu tunggal dirogolnya, anak sekolah juga. Bahkan jika mereka menyewa bilik di pangsapuri, seolah-olah pangsapuri itu mereka yang punya. Dan penghuni pangsapuri yang mempunyai anak perempuan sentiasa susah hati jika anak perempuan yang berkerja malam pulang ke rumah.

Menteri Dalam Negeri hanya terkejut melihat Kuala Lumpur dibanjiri pendatang asing ketika cuti umum. Terkejut beruk betul. Betulkah ini Kuala Lumpur? Atau Jakarta? Atau Dakka? Atau ibu kota Ghana? Terkejut seolah-olah itulah pertama kali Menteri Dalam Negeri ke Kuala Lumpur.

Apa ni Datok...?

Dalam mencari punca kebanjiran ini, salah satu resolusinya ialah menyalahkan majikan-majikan perusahaan. Mereka inilah yang dikatakan puncanya dengan menggaji pendatang ini. Namun apakah pula kesahnya dengan undang-undang negara dan penguatkuasaannya yang sangat lemah? Dulu, nak botakkan kepala mat Indon supaya mudah dikesan jika mereka menyeludup masuk kali keduapun tak mampu dilakukan setelah dibantah pemerintah Indonesia. Macamlah rambut tu tak tumubuh-tumbuh bila dibotakkan.

Nanti di suatu masa kelak rakyat tempatan Malaysia akan menjadi seperti orang kulit putih di Afrika selatan zaman apartheid, terpaksa membawa M16 ketika keluar sahaja dari rumah.

Dalam dunia Malaysia hanya satu. Dan itulah sebenarnya 1 Malaysia. Dan sekarang Malaysia yang satu ini diperluaskan dengan 1Malaysia...Malaysia yang penuh dengan berbagai bangsa dunia samada halal mahupun haram.

Kesihan anak cucuku...engkau semualah yang akan menjadi lepat pisang apabila ayah dan emak, datuk dan nenek telah masuk ke lubang cacing kelak.

Wassalam.

Tiada ulasan: