"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Presma nafi 'bersandiwara' gaji pekerja tempatan

Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) menafikan dakwaan kononnya tindakan mereka cuba menggajikan pekerja tempatan adalah 'sandiwara' semata-mata.

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan laporan polis yang dibuat terhadap Presma di Bukit Mertajam yang mendakwa ia hanya propaganda untuk menipu kerajaan.

Presiden Presma, Noorul Hassan Saul Hameed menolak dakwaan itu dan berkata kemungkin besar ia angkara beberapa pihak yang tidak berpuas hati dengan persatuan itu.

“Kami adalah persatuan yang bertanggung-jawab dan dakwaan sedemikian menjejaskan imej kami," katanya.

Bagaimanapun Noorul Hassan tidak menafikan ada ahlinya yang melencong daripada perjuangan persatuan tetapi beliau menasihatkan kumpulan itu supaya membawa rungutan mereka ke ibu pejabat Presma di Kuala Lumpur.

“Kami akan siasat semua tuduhan yang serius dan dan membantu mereka yang ingin berkerja di restoran yang sesuai," katanya.

Pek
erja yang menfailkan laporan itu, Mohamed Ali Abdul Razak, 47 mendakwa ahli Presma hanya meletakkan kain rentang mencari pekerja tempatan tetapi hakikatnya mereka tidak berniat menggajikan mereka.

Menurut Mohamed Ali, beliau telah berkali-kali memohon pekerjaan di beberapa restoran India Muslim di Pulau Pinang sejak September lalu tetapi tidak berjaya.

Alasan yang diberikan ialah mereka telah mempunyai pekerja yang mencukupi.

"Menurut seorang pemilik restoran itu, mereka hanya menaikkan kain rentang itu kerana Presma meminta mereka berbuat demikian sedangkan mereka tidak bercadang mengambil pekerja tempatan," katanya.

Mengulas lanjut, Mohamed Ali mendakwa di sebalik kekurangan tenaga kerja, restoran-restoran itu masih enggan menerima pekerja tempatan.

Dia yang mempunyai sepuluh anak telah berkali-kali memohon sebagai penyelia di restoran India Muslim yang menawarkan gaji dalam lingkungan RM2,000 hingga RM2,500 tetapi terus gagal.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: