cucupakkasim
Woww..7 juta pengundi baru? Itu lah angka yang di-anggar dan di-jangka akan menjadi pengundi yang pertama kali tengok peti undi untuk mengundi buat pertama kalinya pada PRU-13 nanti, yang orang putih kata "13th GE, just around the coners
7 juta pengundi baru ini yang terdiri dari orang-orang golongan muda yang mana sokongan mereka ini pada PRU-13 itu akan menentukan siapa dan parti mana yang akan duduk di Putra Jaya.
85 peratus dari 7 juta pengundi baru dan muda ini didalam golongan dan kategori berkecuali, tidak duduk dalam mana-mana parti sama ada BN atau PR.
Kalau ikut kepada penganalisis-penganalisis politik yang terdiri dari mereka yang profesional dan juga yang terdiri dari penganalisis-penganalisis yang dari kaki-kaki lima jalan dan kedai-kedai kopi di-bandar bandar besar dan di-kampong kampong, 60 peratus daripada 7 juta pengundi ini masih bertenggek di-atas pagar dan masih belum memutuskan kepada siapa undi mereka akan diberikan.
Kalau ikut kepada masalah-masalah perkauman, rasuah, pekerjaan, pendidikan, peningkatan kos sara hidup, pendatang-pendatang yang haram dan yang halal, kualiti kehidupan dan juga sistem pengangkutan awam yang sedang jadi dalca dan caca merba di-bawah pentadbiran BN, maka dah sah-sah dan gurkah-gurkah politik di'port' berani bertaruh potong jari yang undi golongan mereka yang pertama kali ini akan memihak kepada PR.
Kalau di-lihat kepada penglibatan dan sambutan-sambutan yang diberikan oleh orang-orang muda ini kepada apa-apa juga program-program politik anjuran-anjuran BN dan PR, jelas sekali yang PR sudah ada "Fixed Deposit" di semua kawasan masyarakat.
Akibat sikap tamak dan tak pernah rasa cukup yang ada pada PR, telah membuatkan mereka menjadikan perinsip "timba kena cari telaga" sebagai panduan dimana PR masih lagi sedang keluar untuk mencari beberapa lagi akaun "Fixed Deposit" dengan mengadakan road-show mendaftar sebagai pengundi-pengundi baru.
dari blog: http://dollahyankee.blogspot.com
dollah yankee -
PR dah start daftar pengundi dan ahli baru untuk PRU-13, BN pula baru dok buat survey, dok buat research yang habis-habis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan