"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MCA Tuntut RM 1 Billion Untuk SJKC,Wajarkah DiTunaikan ?

IZMAS

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD dalam wawancara terbaharu dengan penulis telah meluahkan rasa tidak puashatnya kepada polisi kerajaan dan stail pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang disifatkan tidak konsisten dan tegas dalam menghadapi banyak isu.

Episod pertama, beliau mempersoal lesen judi pertaruhan bolasepak yang sudah diluluskan awal lagi, tetapi kemudian dikaji semula setelah mendapat bantahan kuat rakyat khususnya dari pemimpin Pakatan.

Beliau menghampakan Tan Sri Vincent Tan yang telah diberikan kelulusan lesen untuk mengendalikan judi pertaruhan bolasepak Piala Dunia 2010. Pemberian lesen itu mendapat kritikan dan kecaman keras dari muslim serata negara khususnya ahli parti PAS.

PKR dan DAP juga menyokong supaya lesen judi itu dimansuhkan demi kebaikan rakyat dan menghalang rakyat tidak kira kaum terjerumus dalam penyakit sosial yang memyusahkan hidup mereka terutama yang berpendapatan rendah. Setelah mendapat bantahan keras rakyat dari pelbagai lapisan, Najib membuat keputusan membatalkan lesen yang sudah diberikan kepada Tan dengan alasan kononnya terpaksa akur kehendak majoriti rakyat yang tidak menyokong pemberian lesen itu. Keputusan Najib itu dikatakan dibuat bukan kerana implikasi sosial yang bakal berlaku akibat dari pemberian lesen itu, tetapi lebih kepada tindakan bermotif politik yang cuba menjaga nama baik beliau di mata rakyat khususnya kaum muslim.

Episod kedua, Najib sudah memperkenalkan Model Ekonomi Baru (MEB) untuk kesejahteraan dan keadilan kepada semua kaum. Namun, apabila dasar itu mendapat kritikan cendiakawan Melayu dan bukan Melayu, beliau memberi jawaban bahawa dasar itu sebenarnya merupakan percubaan untuk menguji sokongan rakyat terhadap model ekonomi itu samada sesuai atau sebaliknya dan boleh dibaiki lagi di mana yang sesuai. Episod itu mengelirukan banyak pihak padahal program model ekonomi itu sudah dibentangkan di parlimen untuk pengetahuan ahli dewan dan tidak ada cacat celanya di mata rakyat umum.

Menurut Mahathir, tindakan Najib dalam dua insiden dan episod di atas menunjukkan beliau tidak tegas dalam membuat sesuatu keputusan penting dan sudah dianggap berlaku dolakdalik (flip-flop) dalam polisi perancangan dasar pentadbirannya yang membuat rakyat jadi ragu, keliru dan sesetanghnya boleh mengambil peluang diatas kelemahanya itu. Kata lagi, tindakan Najib itu walaupun bertujuan untuk mendengar suara majoriti rakyat, tetapi sebenarnya ia mendedahkan ketidaktegasan dan tidak konsistennya beliau dalam membuat keputusan yang sepatutnya tidak berlaku sebagai pemimpin nombor satu negara.

Mahathir juga mempersoal konsep 1Malaysia yang disebut-sebut baik untuk semua kaum, tetapi dalam beberapa aspek tidak memihak kepentingan orang Melayu terutama dalam bidang ekonomi. Najib nampak menunaikan semua tuntutan MIC dan MCA dalam berbagai bidang – walaupun mereka kalah dalam PRU 12 lalu – dikatakan lupa dan kurang membela tuntutan majoriti orang Melayu dalam bidang perniagaan. Menurut beliau, jika sikap dan polisi ini berterusan dan diamalkan ia boleh menjejas teruk kredibiliti Najib dan pentadbirannya sekaligus boleh menjejas keyakinan rakyat. Yang lebih serius, ia boleh dieksloit oleh pihak tertentu termasuk kawan rapatnya dalam Barisan Nasional untuk membuat tuntutan besar dan luarbiasa demi kepentingan sempit kaum mereka yang menyukarkan kerajaan.

Inilah senario yang sedang berlaku apabila Presiden MCA, Datuk Seri Chua Sooi Lek sedang mendesak kerajaan supaya menambah peruntukan RM 1 billion bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dalam RMK 10. Jumlah itu dikatakan terlalu tinggi dan tiga kali ganda lebih tinggi dari peruntukan yang sudah diberikan sebelumnya dalam RMK 9.

Sekali lagi, Najib dan timbalannya, Tan Sru Muhyiddin berhadapan permintaan sukar dari parti komponen rapatnya yang dianggap luarbiasa sedangkan sokongan kaum Cina kepada BN masih disangsikan dan berada pada tahap meragukan. Muhyiddin selaku Menteri Pelajaran masih membisu dan belum menjawab pemintaan MCA itu yang disifatkan boleh menjejas kredibiliti beliau sebagai menteri pelajaran jika salah membuat keputusan.

Ada pihak berpendapat permohonan MCA itu perlu ditunaikan demi kebiakan BN dan kepuasan hati pemimpin MCA dan orang Cina. Namun, setengah pihak berpendapat Najib sepatutnya memberi separuh saja atau tidak perlu ditambah peruntukan itu kerana kaum Cina belum menunjukkan sokongan sepenuhnya kepada Umno dan BN. Adakah permohonan mereka perlu diperkenankan Najib sedangkan sokongan undi mereka kepada BN – seperti yang terjadi dalam pilihan-pilihan raya kecil sejak PRU 2008 – amat mengecewakan dan memihak parti lawan. Majoriti mereka tidak menyokong calon BN dan dikatakan sengaja memberi undi kepada calon-calon dari Pakatan tanda protes kepada dasar kerajaan yang kononya tidak menyebelah mereka.

Episod ini mengwujudkan kesangsian di kalangan orang Melayu adakah kaum Cina perlu terus dibantu dan di tunaikan permintaannya sedangkan hati dan jiwa mereka tidak pernah memihak calon BN? Adakah Najib masih perlu menunaikan permintaan besar RM 1 billion kepada SJKC sedangkan kaum Cina belum membuktikan sokongan ikhlas dan padu mereka kepada kerajaan? Ada suara mendedahkan, kerajaan wajar menunaikan permintaan presiden MCA itu jika parti kedua tersebar dalam BN itu membuktikan dahulu bahawa masyarakat Cina tidak berbelah bagi menyokong dasar kerajaan dan mengundi BN dalam PRU ke -13 nanti.

Dengan kata lain, permintaan MCA - juga parti-parti komponen BN lain - boleh diperkenankan selepas parti itu membuktikan kemenangan calon-calon mereka dalam pilihan raya ke 13 akan datang. Jika ini berlaku dan terbukti banyak calon-calon MCA menang dalam kerusi dan kawasan yang ditandingi, barulah layak Najib melaksanakan semua permintaan mereka. Ini barulah dikira adil di mana dua-dua pihak dalam situasi menang-menang dan sudah membuktikan peranan masing-masing sewajarnya sekurang-kurangnya dari pertimbangan politik yang logik.

Tiada ulasan: