"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PKR tetap terbit akhbar

Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 13 Julai:
Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertegas tetap akan menerbitkan akhbar mewakili parti itu biarpun terpaksa berdepan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Keputusan itu diambil ekoran pihaknya masih belum mendapat sebarang keputusan konkrit dari pihak kementerian berhubung status permit penerbitan akhbar Suara Keadilan yang tamat 30 Jun lalu.

"Sekarang ini tiada sebarang jawapan daripada menteri.

"Laporan polis hanya dibuat pegawai KDN, bukan dari menteri sendiri," kata Ahli Parlimen Batu yang juga Pengarah Strategik PKR, Tian Chua pada sidang media di parlimen hari ini.

Semalam, KDN membuat satu laporan polis berikutan pihak penerbitan Suara Keadilan terus mengeluarkan penerbitannya semalam dengan nama baru "Keadilan".

Edisi Keadilan semalam diedar secara percuma sekitar ibu negara sebagai edisi pengenalan menggantikan Suara Keadilan.

Ianya diterbitkan bukan berkala oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) sebagai mewakili PKR dengan cetakan sebanyak 30 ribu unit.

Tiada ulasan: