Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 11 Julai: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan membuat edaran percuma akhbar rasmi parti itu, Suara Keadilan di sekitar ibu negara esok.
Akhbar versi baru itu difahamkan sekali lagi membuat pembongkaran tentang Felda dan akan diedar di sekitar Masjid Jamek bermula jam 8 pagi esok.
Angkatan Muda Keadilan (AMK) juga difahamkan sudah menerima arahan untuk membuat edaran tersebut.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini menggantung tidak bertali permit penerbitan Suara Keadilan kerana didakwa tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan pihak akhbar tersebut berhubung laporan "Felda Bankrap".
Permit penerbitan akhbar itu telah tamat 30 Jun lalu.
Biarpun diberi amaran oleh KDN, penerbitan akhbar tersebut tetap diteruskan seperti ditegaskan pemimpin mereka sebelum ini.
KDN juga sebelum ini didakwa membuat sebuat ke syarikat pencetak Harakah, Angkatan Edaran, untuk mencari terbitan terbaru Suara Keadilan.
KDN bagaimanapun menafikan melakukan serbuan tersebut.
Selain Suara Keadilan, Harakah juga berdepan masalah penerbitan apabila permitnya tamat 7 Julai lalu dan diberi surat tunjuk sebab oleh KDN.
Pihak Harakah juga bagaimanapun telah mengemukakan penjelasan pada 9 Julai lalu.
Urusan pembaharuan permit juga sedang diusahakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan