"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Thomas Muller memenangi anugerah 'Kasut Emas' dan 'Pemain Muda Terbaik'

JOHANNESBURG, 12 Julai: Penyerang Uruguay Diego Forlan dinamakan pemain terbaik Piala Dunia 2010 dengan memenangi anugerah “ Bola Emas” pada kejohanan yang berakhir awal pagi tadi.

Media antarabangsa memberikan sokongan 23.4 peratus undian kepada Forlan, dari kelab Atletico Madrid, menjaringkan lima gol bagi Uruguay yang berada di tempat keempat untuk pemain ini memenangi anugerah tersebut.

Bintang Belanda Wesley Sneijder pula di tempat kedua dengan 21.8 peratus sokongan manakala David Villa dari Sepanyol di tempat ketiga.

Thomas Muller dipilih untuk menerima anugerah "Kasut Emas" dan "Pemain Muda Terbaik" manakala kapten Sepanyol Iker Casillas memperoleh anugerah “Golden Glove”.

Jerman muncul pemenang tempat ketiga selepas menewaskan Uruguay. Sepanyol selaku Piala Dunia juga memenangi "FIFA Fair Play Award".

Sebanyak 145 gol telah dijaringkan sepanjang Piala Dunia kali ini. Gol terakhir dijaringkan oleh Andres Iniesta diminit 116 dengan kerja kerasnya dia dipilih pemain terbaik perlawanan akhir. Pasukan Jerman paling banyak menjaringkan gol iaitu 16 gol, Belanda 12 gol, Uruguay 11, Argentina 10 dan Brazil 9 gol.

Tiada ulasan: