"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Marshanda Berjilbab Setelah Mimpi Kiamat

AKTRES Indonesia, Marshanda memutuskan untuk mengenakan jilbab setelah mendapat mimpi buruk tentang Kiamat selama beberapa hari.

Bintang sinetron Benci Bilang Cinta itu mengaku sedikit kekok saat pertama kali mengenakan jilbab kerana wanita yang mesra disapa Chacha itu tidak pernah berpakaian seperti itu.

"Saya bermimpikan Kiamat selama lima hari berturut-turut seperti dalam filemArmageddon dan berasa sangat takut.

"Pada waktu itu saya belum konsisten untuk mengenakan jilbab sehingga pada 12 Jun lalu, saya telah sedar dan bersyukur kerana dibukakan pintu hati untuk berjilbab," ujarnya menurut detikhot.com pada Jumaat.

Kini, kekasih Ben Kasyafani itu menolak tawaran untuk berlakon sinetron yang memintanya membuka tudung.

"Insya-Allah saya akan sentiasa memakai jilbab dalam setiap sinetron yang dilakonkan," ujarnya.

-mstar-

Tiada ulasan: