"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

“ Saya Ada Video Pemimpin PAS “ - Sooi Lekk

ulitmayang
Mungkin selama ini beliau sibuk dengan isu video porno, dan industri berkaitan, sehingga tidak diketahui oleh nya, iaitu secara pukal orang- orang bukan Melayu, Cina, India dan lain-lain bersama - sama dengan Pakatan Rakyat, samada melalui DAP, PKR atau PAS.

Malah, langkah lebih berani PAS, dengan menubuhkan cabang penyokong kaum bukan Islam, iaitu Dewan Penyokong sebagai wadah terbaru untuk lain-lain kaum bukan islam bersama-sama Pakatan Rakyat menerusi PAS.

Jangan-jangan beliau antara Menteri-menteri yang berpenyakit dalam pentadbiran UMNO/BN seperti ada menteri yang menipu, ada menteri yang tidur, ada menteri yang ditangkap khalwat dan seumpamanya.

Wakil Pas akan jadi PM - Soi Lek

KOTA BHARU 30 Julai - MCA percaya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan pusat pada pilihan raya umum akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek sebaliknya berkata, pihaknya yakin wakil daripada Pas akan mengambil alih jawatan ketua kerajaan disebabkan parti itu mempunyai organisasi yang lebih besar dan tersusun berbanding parti lain dalam pakatan pembangkang.

"Sebagai ingatan kepada rakyat bahawa kalau mereka hendak menyokong pakatan pembangkang sehingga menguasai pentadbiran di pusat, mereka jangan begitu yakin bahawa bakal perdana menteri daripada PKR.

"Pada hemat kami, Perdana Menteri akan datang dari Pas kerana parti itu mempunyai satu organisasi yang lebih besar, ahli yang lebih ramai dan mempunyai sumber jauh yang lebih besar berbanding parti lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung MCA Kelantan di sini hari ini.

Soi Lek bagaimanapun berkata, Pas telah menunjukkan rekod yang tidak baik sepanjang mentadbir Kelantan selama lebih 20 tahun terutama dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat dan masalah sosial. KLIK

Nota

Apa yang cuba ditonjolkan oleh Soi Lek barangkali untuk menakut2kan pengundi Cina, dengan anggapan penggundi Cina ni akan takut dengan PAS, dan seterusnya dan moga2 penggundi Cina tidak akan mengundi PAS, PKR & DAP dalam PRU kata khabarnya ada yang mengandaikannya dalam bulan September atau Oktober nanti.

Barangkali tidak berapa salah, kalau2 beliau kata “ saya ada video xxx pemimpin PAS” seperti di atas, dengan harapan beliau dapat dibersihkan dari skandal yang sudah terbukti sebagai seorang bekas pemimpin MCA yang ada video porno?

Tiada ulasan: